Selasa, 24 September 2024

Mengembur dan membaja

Petang semalam dapat sikit luangkan masa dengan hobi yang pokcik minati. Mengembur batas tanaman dan membaja. Dalam minggu ni tak banyak masa yang dapat pokcik luangkan untuk aktiviti ini. Bila sampai waktu petang sahaja langit mendung berawan gelap dan akhirnya menurunkan hujan.

Hari minggu sahaja iaitu jumaat dan sabtu yang dapat pokcik buat aktiviti ini diwaktu pagi. Perancangan pokcik banyak sebenarnya. hari itu pokcik dah selesai tanam jagung dalam tujuh ratus lubang lebih kalau tidak silap dan selepas ini akan ditanam untuk seribu lubang pula.  Alhamdulillah pokok ubi kayu tinggi pucuknya telah melebihi ketinggian pokcik. Jangkaan awal bulan januari tahun depan dapatlah rasa hasilnya.

Pokok keladi pokcik tanam untuk majlis kenduri kahwin anak pokcik pada bulan Mei tahun depan.. In Sha Allah kalau tumbuh dengan subur dan biaknya.



 


1 ulasan:

AzianKhalil berkata...

semoga hasilnya menjadi jadi seperti yang diharapkan...InsyaAllah