Langkau ke kandungan utama

Lagi-Lagi Koleksi Gambar Pepatung

Pepatung ini seperti juga rama-rama atau kupu-kupu yang mempunyai pelbagai warna dan saiz. Ia menarik minat pokcik untuk merakam gambarnya sebagai koleksi simpanan pokcik.  Ada beberapa jenis dan saiz yang suatu ketika dahulu pokcik pernah tengok tapi sekarang sudah tidak kelihatan dan sukar  dicari

Gambar pepatung ini pokcik rakam dikawasan sawah padi. Jenis ini pula tidak pernah kelihatan di sekitar rumah pokcik. Banyak perbezaan warna disetiap kawasan yang berbeza.

Pokcik pernah melihat saiz pepatung yang lebih besar dikawasan hutan simpan serta perbukitan. Sama seperti rama-rama yang berada dikawasan perbukitan dan hutan.

Dikawasan sawah padi atau kawasan pertanian kehadiran pepatung sangat berguna dalam sektor pertanian. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak kecil seperti hamama, belalang kecil, semut kecil, nyamuk dan banyak jenis serangga kecil lainnya. 
Sesungguhnya walaupun ternampak kecil ianya sangat memberi faedah secara organik kepada pekebun atau petani. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Bila cuacapanas biasanya pepatung atau 'dragonfly' ini akan bertambah populasi

Sewaktu kecil dulu pokcik panggil pepatung ini helicopter kerana ia boleh bergerak ke kiri, kanan, atas, bawah, mengundur dan  kedepan dengan begitu mudah berbanding serangga lain . Seperti ianya helicopter diinspirasi dari serangga ini.

Jika berpeluang pokcik akan terus mencari saiz dan warna yang lain serta dikongsikan disini..
 

Ulasan

thisni3za berkata…
Nice..Dulu sy suka tangkap pepatung..Tp lepas tu lepaskan semula =D
Terima kasih kongsikan gambar pepatung yang cantik-cantik

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu