Langkau ke kandungan utama

Round Sawah Padi

Masuk ke hari ini dah tiga petang hujan dikampung pokcik. Aktiviti berkebun sayur pokcik hentikan dahulu buat sementara waktu.

Tiada aktiviti untuk dilakukan setelah reda hujan, pokcik ambil keputusan untuk pusing ke sawah bendang..... dah agak lama tak kesana... melihat aktiviti utama penduduk kampung.

Kebetulan sekarang baru masuk musim menanam padi.. kehijauan sejauh mata memandang.  Sungguh cantik alam ciptaan tuhan dengan burung bangau berterbangan mencari makan


Gambar bawah tu adalah laluan ECRL,  setahu pokcik laluan dikampong pokcik ni dikatakan laluan tercantik ECRL... ianya melibatkan kawasan sawah padi berbanding dilain kawasan hanya hutan dan ladang kelapa sawit.

Selang dua lot dibelakang rumah pokcik pula telah dijadikan stesen ECRL bagi bandar Jerteh. Ramai kawan-kawan pokcik  dan saudara mara yang terlibat dengan pengambil alihan tanah telah berpindah..  

Alhamdulillah tanah rumah yang pokcik duduk sekarang ini tidak terlibat.. Sayang kalau kena.. tempat dilahirkan, dibesarkan dan membesarkan anak-anak.. penuh dengan nostalgic tiba-tiba terpaksa berpindah.. walaupun diberi pampasan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu