Pepatung ini seperti juga rama-rama atau kupu-kupu yang mempunyai pelbagai warna dan saiz. Ia menarik minat pokcik untuk merakam gambarnya sebagai koleksi simpanan pokcik. Ada beberapa jenis dan saiz yang suatu ketika dahulu pokcik pernah tengok tapi sekarang sudah tidak kelihatan dan sukar dicari
Gambar pepatung ini pokcik rakam dikawasan sawah padi. Jenis ini pula tidak pernah kelihatan di sekitar rumah pokcik. Banyak perbezaan warna disetiap kawasan yang berbeza.
Pokcik pernah melihat saiz pepatung yang lebih besar dikawasan hutan simpan serta perbukitan. Sama seperti rama-rama yang berada dikawasan perbukitan dan hutan.
Dikawasan sawah padi atau kawasan pertanian kehadiran pepatung sangat berguna dalam sektor pertanian. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak kecil seperti hamama, belalang kecil, semut kecil, nyamuk dan banyak jenis serangga kecil lainnya.
Sesungguhnya walaupun ternampak kecil ianya sangat memberi faedah secara organik kepada pekebun atau petani. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Bila cuacapanas biasanya pepatung atau 'dragonfly' ini akan bertambah populasi
Sewaktu kecil dulu pokcik panggil pepatung ini helicopter kerana ia boleh bergerak ke kiri, kanan, atas, bawah, mengundur dan kedepan dengan begitu mudah berbanding serangga lain . Seperti ianya helicopter diinspirasi dari serangga ini.
Jika berpeluang pokcik akan terus mencari saiz dan warna yang lain serta dikongsikan disini..
3 ulasan:
Nice..Dulu sy suka tangkap pepatung..Tp lepas tu lepaskan semula =D
Terima kasih kongsikan gambar pepatung yang cantik-cantik
Cantik2 gambar sibu2
Catat Ulasan