Memang Perlukan Kesabaran

Semalam pokcik cuti, badan rasa macam lain.. tubuh perlukan rehat rasanya. tiada apa yang pokcik nak buat, pokcik ambil kamera terus ke kawasan semak berumput panjang belakang rumah.. Tujuannya satu, dah lama tak ambil gambar serangga dan haiwan kecil sekitar belakang rumah. 

Puas mencari dicelah-celah daun dan rerumput tiba-tiba si mengkarung ini terus keluar dari semak kecil dan berlari menjauhi diri dari pokcik. Ambil masa juga untuk pokcik memujuknya bagi sesi fotografi.  Akhirnya dari kejauhan dicelah-celah rumput yang pangjang pokcik snap juga beberapa keping dari tidak dapat langsung
Dikiri kanan belakang depan banyak nampak pepatung berterbangan ... di kawasan pokcik benda ni orang panggil 'puting beliung'... entah dari mana dapat nama ni.. 

Nak rakam aksi serangga ni pun bukan senang bila kita pergi dekat terus dia terbang lari, lepas tu dia datang balik.. memang perlukan kesabaran. Memahami keadaan ini pokcik berdiam diri sekejap dan memerhati arah pergerakan puting beliung ini. 


Ada beberapa jenis dan warna yang berterbangan berhampiran pokcik tapi yang menarik perhatian pokcik hanyalah dua jenis pepatung ini. Ini kerana mereka lebih mesra  dan membiarkan pokcik merakam aksi mereka...

1 ulasan:

Suria Amanda berkata...

wow..hasil bidikan tu...menakjubkan...