Selamat pengantin baru Zulhilmi



Sempena musim perayaan tahun baru cina ni, banyak dkalangan kita yang mengadakan kenduri kendara perkahwinan dan kesyukuran serta aqiqah dan sebagainya. Almaklum sahalah ketika ini adalah merupakan masa yang terbaik dengan cuti yang dimiliki oleh kita dan juga cuti persekolahan selama seminggu.

Boleh dikatakan dalam minggu ini setiap hari memenuhi undangan jemputan perkahwinan bahkan dalam sehari ada yang kena pergi dua tiga tempat. Hari ini pokcik memenuhi undangan dari emak saudara pokcik bagi perkahwinan anak bongsunya. Berlarak kata popular yang digunakan oleh orang sebelah sini, Besut dan Kelantan atau juga semuanya Terengganu. Membawa maksud mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Zulhilmi dan pasangan diijabkabulkan semalam dan petang ini jam 2.00 tadi rombongan kami ke rumah pengantin perempuan dan besok harinya (rabu) sebelah lelaki pula akan diadakan majlis kenduri. Pokcik pula pagi-pagi lagi kena berada disana, rumah emak saudara pokcik bagi sesi siang menyiang daging dan menolong apa yang patut.

Apa-apapun tahniah buat sepupu pokcik dan selamat pengantin baru semoga bahgia ke jannah.

4 ulasan:

Baby Breath berkata...

selamat pengantin baru, moga bahagia berkekalan hingga akhir hayat

Warisan Petani berkata...

Tahniah buat mempelai

YEASLMN berkata...

Selamat pengantin baru :)

Etuza berkata...

tahniah buat pasangan