Tahun ini, 2019. Usia ini menjengah masuk ke gerbang angka 5 siri... Bila diusia begini banyak yang kena jaga.. makan minum kena kontrol. Baru 4 bulan pokcik telah mengambil ubat darah tinggi, dah tiga tahun makan ubat kolesterol.
Beberapa bulan yang lalu tekanan darah pokcik tidak stabil, telan ubat darah tinggi pun tetap pening. Sekarang ni, alhamdulillah kiranya dah ok. Ada kawan pokcik yang cadangkan supaya amalkan minum Jus Lega.. pokcik ikut saja, alhamdulillah ada kelainannya.
Seminggu dua ni pokcik kembali dengan aktiviti berbasikal.. itu pun sekadar keliling kampung, adalah dalam lima enam kilometer sepetang. Itu pun kira dah berpeluh badan ini. Untuk aktiviti berkebun sayur tu belum lagi dapat dijalankan memandang kan cuaca yang tidak menentu buat masa ini..
Yang penting kesihatan perlu dijaga.. tidur biar cukup . Jangan merokok.. pokcik dah hampir lapan tahun berhenti, kurangkan stress, amalkan gaya hidup yang sihat.. itu yang akan dilaksanakan buat tahun ini.. in sha Allah
3 ulasan:
Semoga pokcik diberi kesihatan yang baik :)
Welcome to the club pokcik.
Semoga diberikan keafiatan yang berpanjangan.
Angka bukan ukurannya.
Catat Ulasan