Kali pertama makanan benda ni 'ubi ketuk' ada juga yang panggil ubi getuk. Tak kisah apa namanya yang pasti yang pasti makanan ni sedap. Petang tadi balik dari rewang-rewang, tengok bini pokcik sedang dok proses ubi ni (menghancurkan isinya).. dengan kudrat tangan kiri yang tak segagah mana kerana tangan kanannya yang patah belum sembuh lagi. Pokcik tanya apa yan nak dibuatnya sampai ubi tu tu dipenyek semacam je. "Tengok dulu dan tolong uli ubi ni pastu kita pakat makan" gesa bini pokcik. "Jangan dibazir ubi ni nak dilenyek buat apanye nak makan pun dah tak tergamak kalau dilenyek seperti tu" marah pokcik kat bini. Nak tak endak pokcik tetap tolong juga, binilah katakan. Kalau marah-marah nanti tak ada rezekinye pulak kita ni Dalam hati tetap tertanya-tanya, lepas tu dimintanya pokcik ni parut kelapa yang isinya agak muda. Dimintanya pokcik ni gaul kelapa parut tadi bersama ubi yang dilenyek. Ulilah pokcik ni kelapa tadi dan ubi tu sam...