Bercerita pasal betik ni pokcik tak tau apa-apa jenisnya..yang pokcik tau tanam saja benih ni semuanya pokcik dapat dari rakan-rakan. Makan memang pokcik tak makan betik kerana pokcik alahan pada betik ini, makan sahaja pokcik rasa macam kembung perut 'sekok perut'.. Tanam tetap tanam kerana anak isteri cukup gemar memakannya.
Kadang-kadang dalam banyak tanam betik ni ada juga yang tidak mengeluarkan buah tetapi hanya sekadar berbunga seperti yang di bawah ini. Bila tanya orang yang lebih arif mereka katakan ini ialah betik jantan.
Sebenarnya pokcik ternanti-natikan buah betik yang dibawah ini besar dan masak. Benih betik ini pokcik ambil dari seorang rakan. Katanya buahnya jenis panjang, tak tahulah pokcik panjang mana semeter ke dua meter ke yang nilah pokcik tak sabar menantinya. Rasa-rasa macam nak makan, letak belakang dulu pasal alahan tu.Nak rasa macam mana sedapnya betik ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan