Langkau ke kandungan utama

Hasil pemeriksaan kesihatan - Tingginya bacaan fungsi hati

Beberapa hari yang lalu pokcik telah menjalankan pemeriksaan kesihatan, rutin untuk enam bulan sekali. Betapa terkejutnya pokcik bila dimaklumkan oleh doktor yang darah (fungsi hati) telalu tinggi. Ini mengambarkan bahawa hati pokcik telah dicemari oleh toksin. 

Patutlah dah lebih dari seminggu pokcik rasa tidak selesa badan...  tangan dan jari terasa kebas, sakit ditapak kaki terutama bila bangun dari tidur.... rasa gatal atau miang diseluruh tubuh (dalam daging) rasanya seperti semut halus yang merayap.

Hasil perbincangan dengan doktor, puncanya ialah ubat kolesterol yang diberi pada pokcik tidak sesuai dan telah bertindak balas dengan badan. Kalau sebelum ini pokcik diberi ubat kolesterol Ezetimibe 10mg tiba-tiba ditukar dengan Simvastatin 10mg. Ini menyebabkan bacaan hati -.... Aspartate Transminase (SGOT) tinggi - 60....normal antara 4-36. Alanine Transminase (SGPT) 191 - kadar normal 5-49. Atas cadangan doktor pokcik kembali dibekalkan dengan Ezetimibe 10mg.

Sementara kolesterol pokcik normal 3.8 (< 5.2) HDL Cholesterol 1.2 (Kolesterol baik 1.2 iaitu > 1.1) dan LDL- Cholesterol 2.0 .. < 3.0.

Kesan ubat yang diberi juga menyebabkan Creatinine (Renal Function Test) ujian  pada buah pinggang tinggi sedikit sebanyak 111 (normal 110)... bacaan gula adalah normal 5.9.

Patutlah pokcik rasakan teramat kurang sihat dengan rasa letih dan tidak bertenaga disertakan juga rasa pening kepala.

Atas cadangan rakan-rakan pokcik mengikut syor yang diberikan mereka supaya meminum air rebusan daun sup atau saderi. Alhamdulillah dua tiga hari diminum, rasa miang dan gatal dalam tubuh boleh dikatakan telah hilang sepenuhnya. Cuma badan ini terasa semacam hendak demam saja sementara hidung pula berair. 

Sekarang ni dalam peti ais tu pokcik sentiasa letak daun sup ni.. bukannya mahal pun seringgit dua sahaja harganya. Pokcik rasa dah kembali bertenaga.. sekadar perkongsian buat rakan-rakan blogger.







Ulasan

irrayyan berkata…
Saya folow. Semoga pokcik diberi kesihatan yang baik selalu
pokcikblogger berkata…
Alhamdulillah,.. terima kasih
Mrs. A berkata…
Terima kasih berkongsi kisah ini sebab husband Mrs. A pun ada masalah yang lebih kurang sama iaitu ada ubat-ubatan yang diambilnya tidak sesuai menyebabkan kesan pada hati jugak.


Cikla Shahril berkata…
Alhamdulillah. Semoga terus sihat pokcik...
Del Asyraf berkata…
Semoga pokcik cpt sembuh...
KakLong berkata…
Saya pun bacaan tinggi iaitu 65. Patutlah tangan kebas dan rasa gatal pd kulit padahal x de apapun... saya nk cuba rebus daun sup. T.kasih atas perkongsian.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu