Mulai 8 September 2014, beberapa rokok yang berjenama akan naik harga... maklumat ini aku terima hasil pembacaan dari beberapa blog (Betul ke... aku tak pasti tapi itu lah info yang aku dapat) ..... antaranya rokok yang berharga RM12.00 akan naik kepada harga RM13.00 bagi sebungkus.
Alhamdulillah bagi aku ianya tidak menjadi masalah kerana sehingga tarikh ini sudah lebih dari tiga tahun aku berhenti merokok.. aku sudah dapat jimatkan RM13.00 sehari untuk sebungkus rokok.... dengan duit sebanyak itu sudah lebih dari cukup untuk membeli sekilo ikan selayang untuk dimakan bersama anak isteri..
Sebenarnya bagi akulah ... bukannya susah untuk berhenti merokok.. semuanya bergantung atas niat kita.. bulatkan tekad dan kena tahu cara-caranya bagaimana kita dapat berhenti merokok... dengan berhenti merokok pernafasan aku bertambah segar... aku nak ajak rakan-rakan JOMLAH KITA BERHENTI MEROKOK... katakan tak nak pada rokok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan