Langkau ke kandungan utama

telatah si mail

Pagi tadi aku ke rumah mak.... (aku cuti lagi),.. sambil duk berbual-bual dengan mak dan kakak. Tiba-tiba kakak aku ceritalah pasal si Mail.. Mail ni hanyalah sekor kucing jantan. Tentang Mail yang berusaha sedaya upaya untuk buka sendiri bekas friskies. 

Kebetulan waktu aku datang ni Mail tiada diatas rumah.. jadi kakak aku cadangkan supaya aku mengoncangkan bekas friskies untuk memanggil dia.... sebaik sahaja bekas digoncang si Mail terus datang dan duduk berhampiran dengan bekas makanannya.

 

Kakak aku membuka/ melonggarkan sedikit tudung bekas makanan supaya si Mail ni senang untuk membuka. Aku perhatikan si Mail ni begitu gigih untuk membukanya... kalau oranglah yang berada dalam situasi yang seperti ini aku rasalah sudah nampak peluh yang keluar.....


Atas usaha gigihnya.... hanya dengan gigi dan taring untuk mencungkil, akhirnya terbuka juga bekas makanan... jom tengok gambar si Mail ni dengan usaha yang dilakukan untuk mendapatkkan makanan kegemarannya



 

Ulasan

Anis Amir berkata…
comelny Mail XD
Nanie Dean berkata…
Akhirnya dapat tak? Nampak gaya bekas tu dalam sikit... hehe... (cuma tertanya2)
Wafa cw berkata…
hahahahaa... Mail oh Mail... macho jer dia duduk sebelah bekas friskies tu...ehehehe...
p/s: gambar tepat dengan aksi..comey...comey... huhuhu :D

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...