Sate ikan ni kegemaran aku dulu.... masa usia belasan tahun dan sehingga kini pun... Kini bila abang-abang sate bermotor ni masuk ke kampung, anak-anak aku dan anak sedara mara berjiran berebut menyakat menunggu giliran untuk membeli....
Enam cucuk sate satu ringgit..... satu cucuk ada empat bebola ikan, dua sos pilihan sama ada yang manis atau pedas... bagi anak-anak kecil akan memilih sos yang manis...Satu cucuk belum tentu memuaskan hati sikecil... nak tak nak kena puaskan hati sikecil. empat lima ringgit habis macam tu je...Kalau tiap-tiap hari macam ni, sedih mak bapak.. mana nak cekau duit, mereka ni orang kampung.
Ada satu kisah yang mak bapak bagi warning pada abang-abang penjual sate.... tidak membenarkan abang penjual sate ni masuk ke kawasan perumahan kerana tidak tahan berabis duit empat lima ringgit setiap petang melayan kerenah anak-anak. Tak dibeli sianak mengamuk sakan. Kesian si abang penjual sate ni, niat dia nak cari makan. Semenjak hari tu dia dah tak masuk lagi area tu.
Engkau orang ada tak kenangan tentang sate ikan atau pun si abang penjual sate ikan tu...
Engkau orang ada tak kenangan tentang sate ikan atau pun si abang penjual sate ikan tu...
Ulasan
Kalau berminat nak join giveaway , boleh singgah sini
http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html
husna singgah dari segmen kak mia..