Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Ibu

Balik dari tempat kerja petang tadi aku ke rumah mak yang jaraknya hanya sepelaung.... tak sampai 20 meter pun dari rumah aku.. sampai diruang tamu, emak sedang terlena di kerusi.. Perlahan-lahan aku kejutkan emak.. Aku ucapkan selamat hari ibu... ku lihat emak terharu.... Aku cakap kat emak.. tiada hadiah yang aku dapat beri... aku tak tahu nak beli apa.... Aku beri sedikit wang pada emak... duit ni mungkin berguna buat emak... emak beli apa sahaja buat emak.....Ucapan terimakasih ku terima dari emak... 

Anak emak ini bukannya kaya... tapi anak emak ini tidak berada jauh dari emak... sentiasa memerhatikan emak... sentiasa dekat walaupun tidak disisi... sentiasa ada bila diperlukan...

SELAMAT HARI IBU buat bondaku

Ulasan

Nur Aliyah Syofia berkata…
salam..jemput join GA ni>>>
Super Extravaganza Giveaway!
Dah join? Jom check status referral anda kat SINI

Hadiah:
Cash 150 2015 calendar with your picture& phrase
bookmark with your picture&phrase S
tep-step penyertaan yang mudah & 51 orang pemenang dicari!
Aqilah Azmi berkata…
Selamat Hari ibu!!!!

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.