Isnin, 12 Mei 2014

Kegunaan Pokok Ajaib

Pokok Ajaib ni aku tanam tujuh tahun lalu, tinggi melangut ditanam didalam pasu besar... pokok ini aku beli di pasar tani waktu tu dalam lingkungan harga RM10 kalau tak silap. Waktu tu aku tak tahu apa kegunaannya tapi bila rakan-rakan beli aku pun turut beli sama. Kata jurujual pokok ini mengandungi khasiat untuk mengurangkan paras gula dalam darah dan darah tinggi.

Sehingga kini pokok ini telah berbuah banyak kali tapi tidak terlintas dihati untuk mencuba makan buahnya, apatah lagi aku perhatikan burung-burung yang bermain disekitar kawasan ini tidak berminat untuk menyentuh buah ini dan makin menguatkan lagi naluri aku yang buah pokok ini beracun. 

Beberapa hari lepas aku pergi ke sebuah sekolah untuk menemui seorang rakan dan bertanya tentang hal--hal kerja. Aku tengok dimeja rakan aku ni ada beberapa biji buah ni dan dua tiga biji mangga (pauh ringan). Aku ceritalah kat rakan aku tu yang rumah aku ni banyak buah ni dan takut untuk makan. Kawan aku ni ceritalah yang buah pokok ni ada khasiatnya. dia minta aku makan tiga biji.... selepas makan tiga biji dia minta aku makan sebiji mangga pula yang ada diatas meja dia... semasam-masam mangga tu aku rasa manis.

Banyak kegunaannya pokok ajaib ni rupanya.....Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.

15 ulasan:

Unknown berkata...

wah banyaknya buah.. kat rumah saya ni pun mak saya tanam.. tapi buahnya hanya buah 1 2 je..

Umie Nadhirah berkata...

ajaib betul.. buah apakah ini?

Syira Lokman berkata...

hye..Syira dtg dr segmen Nak Url Blog oleh Mia Liana :)
jom singgah rumah pink Syira ^_^ insyaAllah tak rugi ..hehe

Diera Tekikushika berkata...

datang blogwalking sini daripada blog Mialiana.com. Salam perkenalan. =)

Azhafizah MN berkata...

memang pokok ajaib ke namanya? macam buah anggur bentuknya.

Singgah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
http://www.azhafizah.com/

Cekgu Norazimah berkata...

Singgah petang sempena cuti wesak..salam mesra dari Cikgu Norazimah

Maria Firdz berkata...

Salam... buah asam renda ni.. sedap dibuat jeruk... haishh.. terliur pulak...

BTW: Salam ziarah dari blog kak mia... ^_^

http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

Engku Muzahadin berkata...

Singgah & F0LloW sini dari segmen Senarai URL Blog #4 by Kak Mia ;) S@l@M KEN@L ^_^ http://engkumuzahadin.blogspot.com/

Aqilah Azmi berkata...

Uish
Hantar lah sikit dkt rumah qila hihi.

Nyum mcm Sedap.
Hehe. Mungkin burung tak makan Sbb takde penyakit kot Hihihi.

P/s: Hiiii. Qila singgah ni dari segmen kak Mialiana ni heee :D

Jom blogwalking hihi

arzmoha berkata...

macam pernah tengok buah ni. tapi tak ingat dimana.
buah ni masam ka?

blogwalking dari blog mialiana

pokcikblogger berkata...

buah ni rasa masam-masam manis

pokcikblogger berkata...

ahaa lah Aqilah..... rasa-rasa burung tak der penyakit

pokcikblogger berkata...

Terimakasih engku singgah n follow sini,.... nanti saya akan jengahke sana

pokcikblogger berkata...

tak cukup baja tu..

pokcikblogger berkata...

buah ajaiblah ni...sweet berry