Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Gambar Hari Rabu #11

Esok dah pun 1 Mei ..... sebelum terlupa siapkan dulu kad untuk bulan tersebut... esok, lusa, tulat tu memang cuti aku nak tambah satu hari lagi... ahad tu sedang berkira-kira untuk cuti lagi... jadikan empat hari... setelah agak lama tak ambil cuti.

Segmen : Bloglist Mei

Jom join Segmen : Bloglist Mei dari PaLy Tekan banner atas tuuuu :)

Aktiviti Hari minggu

Bila setiap hari minggu di musim yang panas ini anak-anak akan mengajak untuk mandi di sungai yang airnya cukup dingin.... memandangkan sungai utama dibelakang rumah aku tu, Sungai Besut airnya sudah tidak sedingin dahulu maka seperti biasalah aku bersama-sama anak isteri akan ke La Hot Spring.  Kala sebelum ini aku selesa ke Sungai Angga tapi kini kerja- kerja pembinaan Ampangan Paya Beda menyebabkan sungai disitu berkeladak dengan lumpur dan amat tidak sesuai untuk mandi.  Kalau minggu lepas datang tanpa membawa apa-apa bekal tapi kali ini atas cadangan anak-anak aku bawalah sedikit bekal... ayam berempah untuk dibakar dan sedikit sosej.. daripada tak ada langsung. Yang kurang seronoknya bila semua anak tak datang .. anak sulong dan yang kedua ada urusan janji bersama rakan mereka. Sampai ke mari jam 9.30 pagi ... awal.. takut tempat yang sempit dan selesa untuk mandi ini diambil orang. Bertolak balik jam 12.00 tengahhari... setengah jam untuk sampa...

Menimba & meragau

Pernah tak anda buat aktiviti macam ni... kalau kat kampung aku dan sekitar daerah sini aktiviti ini  dikenali sebagai menimba dan igat ikan (tangkap ikan/meragau). Aktiviti seperti ini hanya dilakukan bila alor atau parit mulai kering dan hanya tinggal lubuk-lubuk. Waktu dahulu aktiviti seperti ini cukup meriah dimana kaum lelaki sibuk untuk menimba air dari takungan/alor, sementara kaum perempuan pula bergotong royong memasak untuk kaum lelaki. Sekarang ini air dari lubuk tidak lagi ditimba menggunakan tenaga manusia.... enjin digunakan bagi menyedut air dari lubuk-lubuk dan masa dapat dijimatkan. Petang jumaat lepas... aku dan jiran yang mesra ku panggil sebagai Pokcik Nor telah berpakat untuk menimba alor berhampiran dengan madrasah.  Bermula jam 3 petang dan pada jam 4.30 petang dengan bantuan enjin air dengan kos minyak sebanyak RM20.   Aku dan Pokcik Nor selesa memerhati dari atas tebing dan memberi arahan secara lisan.  Hanya memerhat...

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

  Segmen bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin) Jom meriahkan segmen Lya yang pertama kali ini.

Jauh

  18 April 2014 24 April 2014

Keluduk

Tiba-tiba aje terasa nak bercerita tentang pokok 'keluduk' atau senduduk.... kesnya petang tadi aku pergi melawat kawasan  tanah yang pernah aku berkebun sayur dulu. Tanah ini terbiar tanpa aku usahakan bila ianya mula dipenuhi oleh lalang yang sudah tidak mampu dan dengan pelbagai usaha dilakukan untuk menghapuskannya tetapi semakin banyak tumbuh. Sebenarnya tanah ini tanah orang yang ku minta keizinan untuk diusahakan dengan sayur dan kini ditanam dengan pokok pisang. Berbalik pada pada cerita pokok senduduk tadi... senduduk ... dibeberapa kawasan di kenali sebagai  keluduk atau juga kenduduk... nama botani Melastoma malabathricum L dari keluarga Melastomataceae... Waktu kecil dulu buahnya  yang masak merekah biasa dimakan mentah, terasa sedikit manis tetapi mulut dan lidah akan berwarna ungu.... bila sakit gigi arwah datuk akan menyuruh aku mengunyah buah yang masak berwarna ungu ini... Arwah datuk yang kaya pengetahuan dengan tumbuhan hutan pernah menggu...

Kembali 'bergatih'

Sudah dua bulan aku tinggalkan aktiviti ini... selepas demam hari tu, aku terus jadi malas dari melakukan aktiviti 'bergatih' (kayuh) basikal untuk mengeluarkan peluh. Petang kelmarin aku mula aktiviti ini dengan sekadar ronda-ronda sampailah ke baruh (sawah padi) sejauh satu kilometer... pergi balik dua kilo. Berhenti sekejap di sebuah wakaf tengah baruh tiba-tiba keluar seekor burung... kalau kat sini orang panggil 'burung ayam man' atau burung ayam .. kat tempat lain aku tak pastilah. Lepas tu pulak tergedek-gedek sekor pula.. aku rasalah yang depan tu betina dan yang belakang tu jantan.. sebabnya mana ada betina yang kejar jantankan. Dua-dua ekor ni tak perasan yang aku berada berhampiran dengannya... aku cuba untuk shoot sepaling hampir tetapi memandangkan aku cuma gunakan henpon S4 zoom setakat sepuluh kali zoom je mampu... masa nilah mula aku bersungut bersendirian.... rugi-rugi kalau pikul nikon tadi dengan lens 70mm-300mm kan best dap...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

bila kereta dicalar lagi

Cerita yang sama....hari ini kereta seorang guru dicalar.. bulan Februari yang lalu kisah yang sama juga. Bila disiasat... jumpalah budak yang buat.. bila panggil bapa dia jumpa pengurusan sekolah pandai pulak tak mengaku.... siap kata cikgu buat tuduhan.. Hari ini cerita calar kereta berulang lagi.... kalau kes dulu bukan pasal dendam. .. saja suka suka. ..tapi kali ini perkara yang sama ke? Adakah cikgu sengaja calarkan kereta dia?

Bengkel HRMIS

Pagi tadi aku menghadiri bengkel HRMIS yang diadakan di Makmal Komputer SK Alor Lintah. Bengkel selama dua hari... yang sepatutnya dua hari tapi aku hanya datang pada hari ini. Kelmarin aku hanya datang sekejap. ..belum sempat berbuat apa, aku terpaksa mohon kebenaran keluar untuk ke klinik kerana gastrik kembali menyerang. Apa-apa pun hari ni. ... Alhamdulillah aku dapat kembali berbengkel walaupun sedikit ketinggalan berbanding dengan rakan yang kain. Seorang rakan ku (taukeh restoran ikan bakar) yang sedang khusyuk mengisi data... katanya nak pencen awal... bila usia meningkat ke 40an....tak nak bebankan otak... daya fikir dah tak sepantas dulu. Ok lah dia.... aku pun kalau boleh nak pencen awal juga...tapi apa aku nak buat...eek Rasanya nak  buka kedai lagi satu. ...apa nak niaga. ..

1st Mini GA by NaNie DeaN

   Klik banner untuk join segmen yang dianjurkan oleh Nanie Dean

Percubaan pertama dia

Pagi tadi berlangsungnya pertandingan sajak di Perpustakaan Awam Bandar Jerteh... anak aku yang keempat, Faris beria-ria nak masuk pertandingan walaupun pada awalnya tidak berminat. Tanpa persediaan yang rapi dan sebelum ini belum pernah memasuki mana-mana pertandingan sajak disekolah, menyaksikan dia agak gugup . Tambahan lagi, dia diundi sebagai peserta petama.... menambahkan lagi kegugupan dia. Penyertaan kali ini tidak seramai tahun lepas kerana pada tahun ini pihak pengurusan perpustakaan hanya menjemput dikalangan mereka yang merupakan ahli kelab yang benar-benar aktif   Walaupun tidak menjadi johan, tempat kedua atau ketiga..... hanya sekadar mendapat saguhati. Tapi bagi aku itu sudah memadai kerana sebelum ini (disekolah) dia tidak berminat untuk tampil ke depan dan agak takut--takut dan malu. Aku harap penyertaan kali ini akan membangkitkan semangat dia dalam menyertai program-program yang lain  J om layan gambar program pagi tadi ...

Akhirnya hujan turun

Jom kita main hujan... main hujan.? Kita tunggang kuda keliling bandar dalam hujan... seronok kan

Langit mendung guruh berdentum

Langit mendung guruh berdentum. .. air ditempayang jangan dicurahkan.  Langit gelap itu petanda hujan nak turun... setelah sekian lama kemarau yang panas membahang tanpa ada apa apa tanda. .. Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua langit gelap.. semoga ada titisan rahmat yang akan gugur membasah bumi ini.

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.

Rasa-rasa aku ye.. macam lama je aku tak join Giveaway..... betul ke?.. agak-agaknye betul lah tu.. aku pun nak ajak korang join jugak... klik-kliklah banner tu yer..

Air Panas La

Petang Jumaat macam biasa anak-anak ajak pergi berendam di Air Panas La...Kalau minggu lepas aku pergi ke  kawasan atas kali ini aku hanya pergi ke tempat biasa yakni tempat yang ada kolam air panas...  Sambil-sambil cuci mata tengok orang berendam,....tengok anak-anak dara.... mak-mak dara dan seangkatan dengannya., dengan pakaian yang ketat... sendat dan padat. sambil isteri disebelah menjeling manja dengan cubitan mesra singgah dibahu, pinggang dan kadanng-kadang dipeha... meninnggalkan kesan 'love bite' kat situ... itulah tandanya. Jomlah layan gambar kat bawah tak nak cerita panjang berjela... gambar tu dah jadi tanda... bahawa petang tadi aku telah kesana... bukankah gambar itu menceritakan segalanya   gambar atas.... gambar yang berendam kat kolam takungan air panas ni aku tak sanggup ambil kebawah sikit, sebabnya terpaksa disensor... dengan bapak-bapak dara yang berendam,... dengan tubuh gebu seksi mengoda.. ahai ta...

Kempen Pengecualian Denda - PPAT

  Bagi anda yang meminjam buku di Perpustakaan Awam di seluruh negeri Terengganu dan melebih had tempoh pinjaman tetapi mash belum lagi memulangkan buku kerana takut dikenakan denda oleh pihak perpustakaan. Bermula pada 23 April ini sehingga 15 Mei 2014 anda bolehlah memulangkannya tanpa dikenakan sebarang denda bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2014. Oleh itu bolehlah anda mengunjungi mana-mana perpustakaan Awam negeri, daerah, Pekan dan desa di Negeri Terengganu Sumber :- Perpustakaan Awam Pekan Jerteh 

Meja Kerja #8

Dalam kesibukan kerja makanan pengalas perut tidak dilupa Agar gastrik tidak terasa dah..aku tak ingin lagi kena

Kalut dan sibuk

kredit gamba r Entri pendek.... Hari ini masing-masing jadi kalut, jadi sibuk. Bila satu mesej diterima... esok Pengarah Pendidikan akan datang ke sekolah. Sibuk buat penambahbaikan di slaid powerpoint... dan jadi kalut bila yang hendak tidak dijumpai serta merta.. Mungkin ada yang pernah alaminya.. keadaan seperti ini.

aku ketagih benda ni...

Selepas aku berhenti dari ketagihan merokok ada satu benda lagi yang membuat aku ketagih.... TEH. Kenapa teh?... aku pun tak tahu... mungkin kandungan kafein yang ada pada teh... Tapi kalau dibandingkan dengan kopi atau nescafe dua-dua benda ni lagi tinggi kandungan kafein... kedua-dua benda ni aku alah... kalau aku minum kopi perut aku rasa tidak selesa... kalau aku minum nescafe pula aku akan rasa loya dan pening kepala... dua-dua ni memang tak sesuai untuk aku Teh ni lain,.... aku ketagih... memang ketagih.... pagi aku tak boleh pekena teh sebelum perut diisi dengan makanan lain terlebih dahulu.... Waktu wajib pekena teh ialah sekitar jam 8.00 malam sehingga ke 9.00 malam.... time ni mau tak mau kena cari. Tak boleh dicampur dengan susu sebab perut aku alah pada susu .   Kredit Gambar Teh tanpa gula.. kegemaran aku

LA Hot Spring - dinginnya air

Biasanya orang yang datang ke Air Panas La, di daerah Besut atau pun di kenali juga dengan nama LA Hot Spring akan mengunjungi dikawasan berhampiran dengan kolam air panas. Biasanya pengunjung-pengunjung dari daerah luar akan tertumpu di kawasan tersebut...  Berbeza pula dengan penduduk tempatan dan kampung sekitar di daerah ini... mereka mengunjungi dari sisi yang berbeza.  Ke atas sedikit dari kawasan takungan kolam air panas terdapat satu aliran sungai dan jeram kecil yang terlindung dari cahaya matahari, menambah kedinginan air sungai.  Dongak keatas.. cantiknya dahan dan ranting pokok yang memayungi menambah keredupan dan kedinginan air.  sungai yang cantik   Cuaca yang panas membahang ini.... apakata kalau berendam sejam dua, nikmati kedinginan air Batuan yang disusun menjadi takungan air dan jeram kecil untuk anda berendam