Langkau ke kandungan utama

Perutusan Aidilfitri

Salam Aidil Fitri........

cheee .. waaaah ........ tengok tajuk atas  tu memang hebat....Maaflah bukan macam tu. aku ni bukannya pak-pak menteri, pemimpin atau ketua kampung. Aku ini hanya admin bagi blog ini. Blog yang tidak sohor..... tak kisahlah itu pun.

Sebenarnya dihari baik bulan baik ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada kaum keluarga, kawan-kawan yang mana mengenali diri ini dialam maya atau pun di alam nyata. Bagi mereka yang berada dalam bloglist ........ saya mohon ampun dan maaf kerana menjadi silent raider.... silent reader di blog saudara saudari. Boleh dikatakan setiap hari saya akan berkunjung ke blog saudara saudari ..........

Bagi saya para blogger merupakan penyumbang kepada sejarah penulisan negara............. Satu hari nanti hasil penulisan kita semua di blog akan menjadi rujukan (walaupun ianya merupakan blog peribadi)........... gambar-gambar tempat atau kawasan yang kita muat naik akan menjadi tatapan.

Bagi blogger yang akan bertolak pulang ke kampung masing-masing atau ke kampung mertua..... berhati-hatilah dijalanraya........... jadilah pemandu berhemah. dan bagi blogger yang berasal dari Besut.... "meh..... mari rumoh aku" ..... contact akulah nak mari gak

Akhir kata Selamat menyambut Hari Raya aidil Fitri..... maaf zahir dan batin.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..