Penat Sungguh

hari ini hari yang cukup memenatkan berbanding hari-hari yang lain.... mana taknya dari pagi berhenti dan sambung semula selepas jumaat sehinggalah ke jam sebelas setengah malam barulah selesai projek ubahsuai kedai (kiosk).



Alhamdullillah segalanya berjalan lancar... sampai dirumah siisteri terus merebahkan badan melelapkan mata..... Kalau ikutkan masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan tapi memandangkan penat yang amat sangat, siisteri kata yang kecil-kecil tu buat esok sajalah... janji yang besar-besar telah selamat ditempatnya......Pagi esok terus boleh beroperasi kedai tu.... sambil mengemas yang lain.



Yang sebenarnya kami berubah arah angin dari menjual pakaian perempuan kami beralih ke perniagaan makan dan minuman.....(wafer, icecream dan seangkatannya).......Mana tahu rezeki kami lebih lagi..... doa...doakanlah






Tiada ulasan: