Langkau ke kandungan utama

Jem dan nasihat orang tua

Alahai ..... apalah punya jem, ingatkan jalan aje boleh jem bila tiba time raya macam ni... aku punya coverage maxis pun ikut jem. Kalau kat rumah memang tiada liputan rangkaian langsung... internet punya rangkaian pun sama.... kat tempat kerja sebelum ni laju aje, tiba-tiba jadi ciput.. lebih lambat dari siput sedut.... dah seminggu ku nikmati masalah ciput ini.....

Jem..... jem..

Jalan di Jerteh pun dah jadi macam bandar-bandar besar yang lain......... dah jadi macam KL..... JEM...... agaknya dah ramai perantau-perantau yang telah kembali dari rantauan untuk menyambut raya ni... menambahkan jem jalan dan barangkali juga jem telekomunikasi.

Apa-apa pun selamat pulang wahai perantau dan bagi yang sedang berkira-kira untuk bertolak pulang ke kampung halaman. Berhati-hatilah semasa memandu.... ingatlah keluarga yang tersayang... 

Versi purba bila bak bapak menasihati anak-anaknya yang akan mengembara.

"Baik-baik berjalan nak"...... Mak bapak masa ni risau pasal banyak binatang besar macam gajah, rimau dan seangkatan dengannya.... maklumlah jalan masa ni hanyalah lorong kecil dan kiri kanannya hutan besar.

Versi zaman sekarang bila mak bapak berpesan pada anak-anak yang berjalan jauh..........

"Bawak kereta tu elok-elok.....hati-hati bila memandu..... janganlah laju sangat bawak kereta tu" dan macam-macam nasihat lagi lah... maklumlah jalan sekarang ni dah besar dah banyak lorong dan ada macam-macam kenderaan besar..... lori, bas, van ... hah... kancil pun ada.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...