Apalah yang dapat dibuat bila cuti-cuti begini.... tambahan lagi di pagi hari ulang tahun kemerdekaan selain dari menonton perarakan sambutan hari kemerdekaan di tv. Yang paling menarik ialah perbarisan dari anggota keselamatan negara dengan pelbagai aset ketenteraan yang dimiliki. Sebagai sebuah negara berdaulat tidak salah kita mempamerkan kehebatan aset ketenteraan yang kita miliki supaya keamanan dan kedaulatan negara kita tidak diperlekehkan. Biar mereka tahu bahawa anggota keselamatan kita mampu mempertahankan negara ini dari ancaman luar . Lihatlah negara kita yang subur ini yang menjadi idaman perkerja-perkerja dari luar negara seperti Indonesia dan Bangladesh bahkan sekarang menjadi tumpuan warga dari benua Afrika. Berapa juta yang datang secara sah dan berapa ratus ribu atau juta pula yang datang secara haram yang mempertaruhkan nyawa. Semata-mata ingin menikmati kekayaan hasil bumi kita Malaysia. Lihatlah sahaja di pendalaman, lihat sahaja d...