Ada benda yang pokcik selalu jumpa dalam kehidupan seharian, tetapi tidak pernah terfikir untuk membuatnya sendiri. Petang ini pokcik cuba satu perkara baharu. Daripada batang tebu yang selama ini ditanam di kebun, pokcik cuba pula menghasilkan nisan tebu. Bukanlah hendak membuka kilang besar-besaran. Sekadar mahu mencuba, melihat sejauh mana tangan sendiri boleh menghasilkan sesuatu daripada hasil tanaman sendiri. Air tebu dimasak, dikacau dan ditunggu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Nampak mudah, tetapi rupanya ada juga seninya. Kena tahu masa, kena jaga api dan paling penting jangan cepat hilang sabar. Alhamdulillah, petang ini percubaan pokcik menjadi. Bila melihat hasilnya, terasa juga puas hati. Ada sesuatu yang berbeza apabila kita dapat menghasilkan sendiri makanan daripada tanaman yang kita usahakan. Pokcik terfikir, selama ini kita menanam untuk mendapatkan hasil. Tetapi kalau hasil itu boleh diproses menjadi produk lain, tentu lebih banyak ruang untuk kita...