Langkau ke kandungan utama

Catatan

Patah balik

Hujan lebat sudah beberapa hari melanda daerah pokcik. Cuaca yang seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk sekitar daerah sini dan juga negeri di pantai timur bila masuk sahaja bulan November dan Disember. Itu tandanya banjir akan melanda dikawasan yang rendah. Tadi pagi, pokcik ke sekolah. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan sekolah. Air telah melimpahi jalan, pada anggaran pokcik tentu airnya baru sahaja surut. Pokcik memandu kereta mengharung air dan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah.  Abang  Jaga ekolah, sahabat pokcik datang dan meminta pokcik patah balik kerana  paras air makin meningkat. Akur dengan saranannya, pokcik patah balik. Petang tadi, dari group whatsapp pokcik terima sekeping gambar dari sahabat, keadaan air yang melimpahi jalan ke sekolah pokcik. Musim banjir melanda, jadi berhati-hatilah... awasi anak anda (ingatan untuk pokcik sendiri). Untuk sahabat-sahabat blogger, dimusim hujan ini berhati-hatilah semasa memandu....

Hari terbuka perpustakaan awam..

Hari Terbuka Perpustakaan Awam Jerteh diadakan pada pagi tadi.  Sungguh seronok menyertai program-pogram seperti ini. Kali pertama pokcik menyertai Pertandingan Musang Berjanggut walaupun tidak mendapat tempat pertama hingga ketiga tetapi tetap dapat hadiah,... hadiah saguhati.   Antara aktiviti yang dijalankan pada hari terbuka tadi ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, dekorasi kek, gubahan tuala dan pertandingan bercerita.  Walaupun ditempat pokcik sekarang ini hujan lebat melanda kehadiran keluarga kelab tetap meriah. Anak perempuan bongsu pokcik pula mendapat hadiah bagi Kategori Perdana iaitu Peminjam Buku Kanak-kanak Paling Aktif 2017.

Sis Gee First Giveaway

Jom pakat  join giveaway ni..  hadiah dia macam yang tertera dibawah 2 x hadiah ke dua 1 Fridge Magnet Penyu 1 Keychain  Dimasukkan dalam bloglist 10 x blogger bertuah Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee TARIKH GIVEAWAY : 24 November 2017 hingga 12 Disember 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu " Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com " untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam otak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.k Hadiah 20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang. 20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang. Tarikh Tamat 30 November 2017, 23:59 Note : Pemilihan pemenang secara random. >> KLIK SINI UNTUK SERTAI GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM << Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Majlis Persaraan GPKP

Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran  Tuan Haji Mat Saud b. Abdullah  sekolah pokcik berlangsung semalam. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Mula menjawat jawatan sebagai penjawat awam, guru pada tahun 1982. Tempat pertama beliau bertugas adalah disekolah ini dan tempat terakhir beliau sebagai guru juga disekolah ini. Sebagai seorang 'tukang gambar' , tidak boleh lari pokcik kena rakam detik bersejarah majlis ini sebagai kenangan sekolah dan juga kenangan abadi GPKP sebagaimana permintaan beliau. Setiap detik tidak terabai, pokcik kongsi sedikit disini untuk tatapan bersama..

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 disekolah tempat pokcik bertugas berlangsung semalam. Dalam kesibukan dengan tugas-tugas semalam tak sempat nak update cerita ini.  Tugas pokcik sebagai jurugambar dan jawatankuasa dokumentasi majlis disekolah, harus memastikan setiap detik dirakam sebaik mungkin. Memastikan setiap wajah rakan terakam. Pernah sekali pokcik ditegur oleh seorang rakan guru difacebook bila wajah dia tidak dirakam terlibat dalam acara tersebut sedangkan beliau seorang yang berkerja keras disebalik majlis tersebut. Apa yang pokcik mampu katakan, bila dia tiba-tiba hilang dari radar pokcik pada hari tersebut. Kali ini pokcik nak kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 sekolah pokcik yang berlangsung semalam.   Sebahagian pelajar penerima kecemerlangan akademik  dan kedudkan terbaik dalam kelas.  Sebahagian pelajar  Prasekolah menerima sijil  dan cenderahati. ...

Hadiah kecemerlangan

Bukan main gembira anak perempuan bongsu pokcik ni. Dari awal lagi dia minta pokcik datang pada majlis hari kecemerlangan yang diadakan disekolahnya.  Anak pokcik ni dapat nombor satu didalam kelas dan juga terbaik bagi matapelajaran matematik dan jawi. Pokcik ambil cuti hari ini bagi, kalau tak pergi kesian anak-anak kan. Kejayaan anak-anak perlu diraikan, memberikan penghargaan kita atas kejayaan mereka.  Anak-anak yang tidak berjaya juga perlu diraikan dan diberi penghargaan sama.