Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menyepi di sangkar ikan

Sungguh lama pokcik tidak mencatatkan apa-apa cerita di blog kesayangan pokcik ini.Sebabnya pokcik ingin menyendiri, bebas dari segala gangguan dan hubungan di dunia internet buat untuk sementara waktu. Selesai kerja, sangkar ikan inilah tempat pokcik menyendiri... memancinglah aktiviti utama selain  dari aktiviti memberi makan ikan. Cukup seronok memerhatikan keindahan setiap penjuru tasik dengan sinar kemilau mentari senja membias cahaya dipermukaan tasik. Sunyi, sepi dan damai. Pondok kecil dengan ruang yang sempit inilah tempat berehat melunjurkan kaki, merebahkan badan, menyejukkan diri dari bahang kepanasan sang mentari. Sebenarnya semuanya tidak dapat bertahan lama, dunia internet tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Facebook dan whatsapp tidak boleh dilupakan. Telefon pintar amat penting walau dimana berada.

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Agak lama pokcik menyepikan diri dari dunia blog... kesibukan yang melanda dan line internet yang bermasalah menyebabkan mood pokcik untuk berblogging merudum. Jadi untuk entri pertama dibulan april ini pokcik menjemput rakan-rakan blogger untuk blogwalking ke blog rakan kita yang mengadakan segmen. Bagi sahabat yang ingin berblogwalking jom klik banner bawah untuk join

Group whatsapp & group facebook....

Banyak kumpulan yang dibina sama ada kumpulan di facebook ataupun whatsapp dengan pelbagai tujuan. Sebenarnya banyak kebaikan dengan tertubuhnya group-group seperti ini. kumpulan atau group yang dibina di whatsapp atau sebenarnya mendekatkan lagi hubungan sesama ahli di dalam kumpulan. Berbalik kepada asal penubuhan kumpulan-kumpuan ini. Sebagai contohnya, kumpulan yang dibina pada asasnya adalah kumpulan atau group sekolah, bertujuan untuk mengeratkan silatturahim sahabat-sahabat alam persekolahan dahulu. Sebaiknya usahlah digunakan group atau kumpulan ini dengan pelbagai iklan dan segala jenis perniagaan. Kadang-kadang kita sendiri sudah terlalu muak dengan iklan-iklan. Buka sahaja facebook segala bentuk iklan sudah terpamer di timeline kita. Group whatsapp juga dilambakkan dengan iklan.  Bagi pendapat pokcik, kalau ingin sangat beriklan sebaiknya bina kumpulan dengan nama atau bentuk perniagaan dan jemput sahabat atau rakan menjadi ahli kumpulan dan seperkara la...

Bengkel HRMIS

Hari ini dan esok pokcik kena menghadiri bengkel HRMIS yang diadakan di Makmal komputer di SMK seri Nering. Bengkel selama dua hari bertujuan bagi mengemaskini data staff bertukar keluar dan masuk. Bengkel seperti ini menjadi kesempatan dikalangan rakan sejawatan bagi bertukar dan bertanya tentang permasalahan tentang tugas dan tangungjawab. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu HRMIS... HRMIS adalah merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia, iaitu brmula dari perlantikan penjawat awam sehingga mereka bersara. 

Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

Jom join  segmen ni,.. kita pakat meriahkan. Klik banned atas. Segmen bermula    20 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015 .

Aktiviti yang telah lama ditinggalkan

Hari ini seperti hari-hari minggu yang lain. Bila berkesempatan pokcik akan balik ke rumah mertua di Kampung Seri Bayas, Hulu Seladang Setiu. Kali ini bukan setakat balik seperti biasa. Sampai rumah pokcik dimaklumkan mertua suami isteri tiada dirumah oleh anak saudara. Mereka berdua berada di kebun getah. Dalam pokcik berkira-kira untuk kesana, mertua pokcik sampai dengan seguni 'tibing' atau orang perak sebut dengan nama 'mancak dinding' nama ini diberikan oleh seorang penunjuk atau guide sewaktu pokcik mengadakan ekplorasi di Hutan Simpan Belum  akhir tahun 1980 an dahulu. Tibing ini atau mancak dinding ini bentuk dia seperti etak tetapi lebih besar dan seakan kepah tetapi rasanya tidaklah sedap berbanding kepah. (ada sesiapa yang boleh terangkan dengan lebih tepat?) ... Berbalik pada cerita seguni tibing tadi... kata mertua pokcik, alah benda ni di kutip di hulu sungai Setiu. Pokcik tidaklah merancang untuk pergi kutip benda ni tapi pokcik nak ken...

Jom Tukar Link

Rasa-rasanya ni kali pertama sahabat pokcik ini  buat segmen. Jadi pokcik nak ajak ramai-ramai rakan untuk meriahkan sama, syaratnya cukup mudah, nak tau syaratnya jom kita ke blog sahabat ini. Macam biasalah klik banner atas tu.