Sudah beberapa kali entri ini tertangguh... Setelah dari hari ke sehari dan menjangkau mingguan dan setelah agak lama terperap. Alhamdulillah, kini entri ini di post kan. Akhrnya pokcik ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan ebook yang sempat pokcik miliki dan baca. Rahsia Penulisan Novel Best Seller hasil karya Khairy Tajudin. Terlebih dahulu jangan salah faham atas perkongsian ini. Pokcik tidak akan mendapat apa-apa ganjaran kerana bercerita tentang ebook ini. Ikhlas pokcik katakan ebook Rahsia Penulisan Novel Best Seller ini adalah satu ebook yang menarik untuk dibaca dan berbaloi dimiliki. Sekiranya anda, rakan-rakan blogger bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel, semestinya ini yang terbaik untuk dihadam. Atau mungkin anda seorang blogger yang ingin mencari idea dalam penulisan, ebook ini juga rasanya amatlah elok dibaca. Ikhlas pokcik tertarik dengan tip-tip bagaimana mencari idea, mengembangkan idea dan menterjemahkan idea itu. T...