Langkau ke kandungan utama

Catatan

Majlis jamuan makan malam

Semalam berlangsung majlis makan malam AJK KEPTAN Cawangan Besut. Majlis makan malam ini diadakan di  Isma Cafe Thai & Seafood di Kampung Nyiur Tujuh. Majlis diadakan pada pukul 9.00 malam itu bagi meraikan AJK yang telah bersara dari perkhidmatan sebagai Ketua Pembantu Tadbir disekolah-sekolah daerah ini.

Majlis tamat gelanggang

Jam tiga petang tadi berlangsungnya majlis tamat gelanggang muay thai di kampung pokcik. Gelanggang yang menghimpunkan anak-anak muda belasan tahun yang berminat dengan seni bela muay thai ini.  Anak ketiga pokcik yang berusia enam belas tahun menamatkan latihan selama hampir tiga bulan. Latihan melasakkan diri kerana pada majlis tamat atau tutup gelanggang atau juga pelimau boxing ini, mereka akan bertarung dengan peninju undangan dari kampung yang lain. Ini bagi mengiktirafkan bahawa pelatih ini telah tamat dari latihan.  Hampir dua puluh tahun lalu, waktu umur sebaya anak pokcik yang sejarang ini. Pokcik pernah melalui suasana yang sama, dengan semangat yang sama. Majlis ini juga diserikan dengan pertunjukkan seni silat gayung dan seni beladiri silat tongkat yang diundang khas.

Berbagi tugas

Hari ini pokcik terpaksa berada dikedai. Menjadi jurujual, mengganti tugas isteri. Sementara isteri pula sibuk menyediakan pulut semangat bagi majlis tutup gelanggang muay thai . Gara-gara anak lelaki yang teringin sangat untuk belajar. Majlis tutup gelanggang (pelimau) ini menandakan tamatnya sesi perguruan. Isteri pokcik baru memahami apa itu pelimau dan adat tradisi dalam majlis ini. Dikampung pokcik muay thai juga dikenali atau orang tua kampung menyebut dengan istilah boxing siam

Rahsia Penulisan Novel Best Seller

Sudah beberapa kali entri ini tertangguh... Setelah dari hari ke sehari dan menjangkau mingguan dan setelah agak lama terperap. Alhamdulillah, kini entri ini di post kan. Akhrnya pokcik ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan ebook yang sempat pokcik miliki dan baca. Rahsia Penulisan Novel Best Seller hasil karya Khairy Tajudin. Terlebih dahulu  jangan salah faham atas perkongsian ini. Pokcik tidak akan mendapat apa-apa ganjaran kerana bercerita tentang ebook ini. Ikhlas pokcik katakan ebook Rahsia Penulisan Novel Best Seller ini adalah satu ebook yang menarik untuk dibaca dan berbaloi dimiliki. Sekiranya anda, rakan-rakan blogger bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel, semestinya ini yang terbaik untuk dihadam. Atau mungkin anda seorang blogger yang ingin mencari idea dalam penulisan, ebook ini juga rasanya amatlah elok dibaca. Ikhlas pokcik tertarik dengan tip-tip bagaimana mencari idea, mengembangkan idea dan menterjemahkan idea itu. T...

Kembar lima anak dia

Hari ini, bertambah lagi ahli keluarga bila ' moksu ' melahirkan lima ekor anak. Anak-anak yang comel. Menjadi kerisauan bagi anak bongsu pokcik sebab mamanya memang tidak sukakkan anak kucing. Ini kira kali pertama 'moksu' ni melahirkan anak. Lima ekor sekaligus. Patutlah perutnya besar lain macam. Harus diingat, kucing juga pembawa rezeki di dalam rumah.

Sebatang kek dari rakan blogger

Pagi tadi. Bila datang ke pejabat.... diatas meja  dah ada sebekas kek. Kek gula hangus. Bila tengok kek tu dah tahu siapa tuan empunya pemberi kek ini. Tak lain tak bukan ni meti si Yusri, rakan guru, seorang blogger yang baru bermula. Tuan punya blog  mudahpok.blogspot.com. Nak belajar buat kek gula hangus ni boleh pergi melawat blog dia disini . Pokcik pernah tanya tuan empunya blog ni. Mana satu dia nak fokus nanti. Sama ada nak buka kedai gambar atau kedai kek.  Dua-dua jenis adalah hobi dia... Harga kek tu dijual oleh dia dengan harga RM7.00 satu biji. Sahabat ini merupakan seorang peminat fotografi. Juga merupakan seorang fotografer perkahwinan. Bidang yang sama pokcik minati. Kami biasa bertukar pandangan dan pendapat dalam hobi ini. 

Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs.Marble

Klik banner untuk join. Tarikh tutup penyertaan 15 Februari 2015