Langkau ke kandungan utama

Catatan

slap chop

Alhamdulillah, slap chop yang pokcik beli secara online di web pusatborong.com selamat sampai ke tangan pokcik petang semalam.  Memudah dan menjimatkan masa pokcik didapur.. semakin bersemangatlah pokcik untuk bantu isteri kat dapur.  Sebenarnya pokcik berkira-kira untuk pos entri berkaitan ini petang semalam... ntah kenapa, petang semalam pokcik terasa penat sangat dengan kerja-kerja akaun kat pejabat... memeningkan kepala... 

gambar hari rabu #14 - kipas dan lampu

Rasa mengantuk pun dah datang...

Pemeriksaan kesihatan

Alhamdulillah keputusan pemeriksaan kesihatan hari ini amat melegakan hati...sebelum ini pokcik mengalami saat-saat yang sukar berka0itan dengan kesihatan...  Hari ini tekanan darah 135/85m, kolesterol 4,2, gula bawah paras 5, buah pinggan doktor kata ok je... temujanji pemeriksaan kesihatan seterusnya pada 19 Mei 2015... almaklum ajelah bila dah masuk usia pertengahan 40an semuanya kena jaga..... terutamanya makan minum..

Resipi etak tumis

Malam ni pokcik masak lagi... kali ini etak tumis, yang menariknya etak ni bukan yang dibeli dimana-mana kedai tapi adalah hasil dari carian anak-anak lelaki pokcik.... tambah menyeronokkan abang-abang ni kerana etak tumis ini merupakan makanan kegemaran anak perempuan pokcik.. bercerita tentang etak ni, pokcik dah bercdang dengan isteri pada jumaat nanti ingin ke sungai sana.... Lubuk Besi untuk sama-sama mencari etak. Sebagaimana yang dicerita oleh anak pokcik sekarang ni telah ramai orang yang kesana, siap bawa satu keluarga berkelah sambil mencari etak.... teringin sangat pokcik... dah lama pokcik tak buat aktiviti ni. Berbalik pada tumis etak ni pokcik buat simple aje... ala-ala kadar gitu. Lagi pun pokcik ni bukannya pandai sangat bab-bab masak ni cuma pokcik buat ikut selera pokcik. bahan-bahannya pun simple.... semuanya secukup rasa. 1.    Etak 5 atau enam gelas..... pokcik kira berdasarkan sukatan         gelas. ...

Rasa berkenan sangat

Memang pokcik rasa berkenan sangat lah dengan produk Slice O Matic ni, memandangkan pokcik ni terkadang suka juga masuk ke dapur tolong isteri masak memasak.. Rasanya sekarang ni lebih banyak masa pokcik berada didapur berbanding isteri.. lainlah bila tiba hari Jumaat... barulah isteri ada masa yang banyak di dapur. Pokcik bukannya apa kesian kat isteri yang menguruskan kedai kat bandar sana... pokcik ni kerja kerajaan lainlah masa... pokcik masa kerja habis pukul 4.30 petang atau pun jam 5.00 sementara isteri pula tutup kedai jam 6.50 petang... kesiankan penatnya dia.  Pokcik nak ambil ' pembantu' dia tak nak, siap dimarahinya pula... iyalah kan senang kalau ada pembantu taklah penat sangat diakan. Bolehlah bantu-bantu pokcik ni kat rumah..hee...hee.. Berbalik pada Slice O Matic tadi.... sebenarnya pokcik jumpa pusatborong.com masa google barang-barang dapur... bila tengok benda ni dah rasa berkenan sangat... tentang harga tu pokcik rasa ok dah.. kira kategori...

Bertambah ahli keluarga

Hari ni bertambah lagi ahli keluarga pokcik...subuh tadi Mok Teh... kucing peliharaan kesayangan dan buah hati anak pokcik selamat melahirkan dua ekor anak.... comel-comel anaknya.. Lebih mengembirakan hati bila itik muscovy pokcik siap keluar dari tempat mengeram dengan 18 ekor anak. Nampaknya rezeki pokcik kian bertambah... bila pokcik main-main upload gambar ni.. ada beberapa rakan yang berminat untuk beli anak ni.... kesiankan anak-anak kecil lagi.... pokcik tak nak jual.  Pada awalnya pokcik pelihara dua pasang, empat ekor lah tu...... sekarang ni campur yang ni dah hampir 30 ekor. Baka yang ni nampak serasi dengan pokcik.... seingat pokcik dulu pernah beberapa kali pokcik cuba pelihara itik muscovy ni tapi tidak biak yang mana akhirnya mati berpenyakit... Isteri pokcik pula berkira-kira nak makan daging itik sekor dua tu yang dah  besar... maklumlah kami ni peminat daging ayam kampung dan itik.. pokcik pula berkira nak kembangkan dan perbesarkan lag...

Neraka dan isinya

Sekadar perkongsian... bacalah dan renungkanlah... dimana pilihan kita didunia ini . 1. Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat. 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah . 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum. 8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.  9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta itu       mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. 11. Setiap rantai DISERET oleh 70,000 MALAIKAT. - Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 159. ''Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah kami menerangkannya kepada manusia didalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh A...