Langkau ke kandungan utama

Hujan & Tawa Zaman Dulu

Pagi ini hujan turun lebat. Seawal subuh, bunyi air hujan jatuh atas bumbung rumah ini, entah kenapa terus bawa pokcik balik jauh ke hujung tahun 70-an. Zaman kita budak kampung dulu, hujan bukan benda nak dielak… hujan tu benda nak ditunggu.

Gambar sekadar hiasan

Dulu kalau langit mula gelap, angin sejuk datang dari bendang, Pokcik bersama kawan kawan dah siap berkumpul. Baju nipis, seluar pendek, kaki ayam. Ada yang buka baju terus. Bila hujan jatuh, kami lari keluar rumah macam hujan tu kenduri.

Lompat lopak, kejar-mengejar, biar badan berlumpur. Air hujan masuk mata, masuk mulut, tapi tak ada siapa kisah. Ketawa kuat-kuat, jatuh bangun atas tanah becak. Dunia masa tu kecil… tapi rasa cukup.

Tak ada telefon, tak ada kasut mahal, tak ada mainan plastik. Yang ada cuma hujan, tanah, kawan, dan tawa yang jujur. Bila emak jerit dari serambi suruh masuk, kami buat-buat tak dengar. Balik rumah pun kena marah, tapi dalam hati puas.

Sekarang hujan masih turun. Tapi budak-budak dah lain. Masing-masing berlindung dengan skrin. Pokcik tak salahkan sesiapa, zaman memang berubah. Cuma kadang-kadang, rindu juga bunyi tapak kaki berlari atas tanah becak, dan tawa budak kampung yang hilang ditelan masa.

Ulasan

Puan Hazel berkata…
Kami dulu berlari dari rumah ke rumah mandi hujan sama². Kemudian tunggu bawah cucur , biar air hujan jatuh mencurah atas kepala 😁
Seronok kan zaman kanak² kita Pokcik..
Warisan Petani berkata…
Wak pun pernah melalui pengalamam sebegitu.
Etuza berkata…
Saya sejujurnya pernah main hujan zaman kanak-kanak..di kampung, masa tu ada beberapa rumah di kampung tak ramai kanak-kanak..kami dengan seorang jiran..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...