Pagi 17 November tu, cuaca elok sungguh. Dari jauh dah nampak poster warna-warni dengan tajuk besar “Bye School, Hello Pool Party!” — budak-budak pra bijak SKSP punya majlis penutup tahun.
Nama je pool party, tapi sebenarnya sambutan meriah di Dewan Lama SKSP. Suasana tetap ceria, tetap riuh, tetap penuh gelak tawa. Masuk je dewan, mata Pokcik terus singgah pada meja makanan.
Ada kek coklat yang rupa-rupanya dah separuh ‘dihanyutkan’ oleh serangan budak-budak—tinggal bentuk kapal karam pun ada. Tapi takpa, walaupun rupa dah tak berapa rupa kek, rasanya tetap disayang. Di sebelahnya pula, ada kek hijau berkrim, comel dan sedap, macam kuih hari raya versi cuti sekolah. Pisau kek pun dah jadi macam peralatan perang warna pink dan putih.
Tak jauh dari situ, guru-guru pun tak kurang sibuknya. Ada yang tengah cedok laksa, ada yang siap tolong tambah Mee Kari. Seronok tengok depa bekerjasama—bukan setakat jaga budak, makan pun berpasukan. Yang berbaju merah tu nampak fokus benar pegang mangkuk. Macam tengah kira ‘cukup tak untuk aku tambah dua kali?’.
Meriah sungguh suasana. Gelak budak-budak, bising kipas, bau sup panas dan suara cikgu-cikgu berbual—semua bercampur jadi satu memori hujung tahun yang manis.
Pokcik tengok, majlis simple macam ni la yang jadi kenangan paling lama bagi budak-budak. Bukan pasal makanan fancy, bukan pasal dekor mewah… tapi pasal suasana. Pasal orang yang ada sama-sama. Pasal cikgu yang penat tapi tetap senyum. Pasal kawan yang tumpah air tapi tak kena marah.
Akhirnya, majlis tamat dengan perut kenyang dan hati penuh. Program kecil, jiwa besar. Tahniah cikgu-cikgu Pra Bijak SKSP. Moga kenangan hari ni jadi satu cerita comel untuk anak-anak ni bila mereka besar nanti.





Ulasan
Tahun depan dah ramai yang masuk darjah 1.
Momen istimewa bersama guru² dan kawan² pasti akan diingat selalu