Tanam ubi jari buaya tidak seperti tanam ubi kentang, ubi kayu atau keledek. Semua ubi ubi tersebut cepat membesar. Berlainan pula dengan ubi jari buaya seperti dalam gambar, ubi itu berusia lebih dari enam bulan tapi tidak sebesar mana walaupun dengan pembajaan yang baik.
Itu yang ditanam didalam polibeg yang diatas tanah pun sama. Saiz pun hampir sama. Beberapa minggu yang lepas kakak ipar pokcik minta satu ketul ubi ini untuk dijadikan ubat sakit jantung anaknya (anak sedaralah kiranya).
Korek punya korek dalam tanah jumpalah yang sesuai untuk dijadikan sebagai ubat. Kakak ipar punya pasal pokcik bagi percuma walaupun dihulurkannya duit. Tidak tergamak pokcik. Alhamdulillah katanya sakit dan senak serta sesak nafas tu makin berkurangan.
Pokcik pernah bercadang untuk memperbanyakkan tanaman ubi ini kerana pokcik berpendapat ianya mempunyai nilai perubatan yang tinggi walaupun tidak dibuktikan dengan kajian yang sebenarnya hanya berdasarkan pendapat orang orang kampung sahaja.
Bukan suatu masa yang singkat untuk mendapatkan seketul ubi yang benar-benar matang untuk dijadikan ubat. enam bulan atau setahun diperlukan itu bergantung pada tanah atau kesesuaian nya.
3 ulasan:
Tak pernah tanam r lihat lagi ubi jari buaya ni
BARU TAU ADA UBI GINI
Assalamualaikum pakcik. Ada tanam lagi ke sekarang? Saudara saya nak buat ubat kanser usus.
Catat Ulasan