Rabu, 3 Januari 2018

Gambar Hari Rabu #43 - Bawang Merah



"Bila masuk musim hujan begini, bawang merah mesti naik harga" rungut isteri pokcik.

"Siapa yang cakap" tanya pokcik

"Saya yang cakap" jawab bini pokcik, menyingga bila pertanyaan pokcik seperti menganjing pada apa yang dia beritahu..

"Memang naik harga bang'' ujar bini pokcik lagi. "Memang terasa sangat" sambung bini pokcik lagi.

"oooo.. kalau begitu tak payah masak taruh bawang merahlah" kata pokcik.

"ya la bang oooiii.. nanti awak kata saya ni masak tak sedap lah, lecah lewehlah" Pokcik nampak isteri pokcik dah nak marah tu..

betulah kan bila tiada bawang merah ni dalam masakan atau yang menglibatkan tumisan ni, masakan jadi kurang sedap...

4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Bahan utama turun temurun dalam masakkan...walau sikit mesti nak ada bawang merah...

Suria Amanda berkata...

Assalammualaikum..SA pun perasan bawang semakin mahal..baik yg kecik mahupun yang besar..lagi satu bawang jenis yang macam dalam gambar tu je banyak sekarang kan..SA sekarang guna bawang besar Holland je..x suka bawang yang Merah sekarang ni...

Asyiqin berkata...

bawang oh bawang. takde bawang tak lengkap rasanya masakan tu

Ciktie berkata...

Hehe..kalau masak tiada bawang tak best la. Rasa cam ada benda kurang je