Langkau ke kandungan utama

Berkebun sebagai satu terapi


Hari sabtu lepas, selesai sudah pagar memagar kebun pokcik yang luasnya tak seberapa. Hari tu sebahagian jagung dan kacang panjang pokcik dirosakkan oleh babi. Pelbagai petua dan pelbagai cara yang diberikan oleh rakan-rakan. 

Dan seorang sahabat pokcik pula mengatakan walau apa cara dan petua sekali pun yang kita lakukan ianya bersifat sementara dan tidak akan menghalang babi dari memusnahkan tanaman. Katanya cara yang terbaik ialah memagar kawasan menanam. Itu jugalah yang pokcik lakukan.

Dengan kos murah, dawai tanpa duri yang berharga RM10.00 satu gulung serta tenaga empat kerat untuk mencari kayu pancang/turus pagar. kredit jam masa selama dua hari maka siap lah pagar yang tak seberapa itu. Cuma tinggal menghiasnya dengan tin-tin sahaja yang belum.. guna tin tu ialah ia akan berbunyi bila dirempuh oleh babi



Bila dah ada pagar ni semangat pokcik untuk berkebun tu semakin tinggi. ruang yang kosong tu pokcik tanam pula dengan dua tiga batas sawi. Makin rajin.

Waktu pagi sebelum kerja pokcik akan jengah sekejap kat sini, balik kerja pun pokcik ke belakang rumah terlebih dahulu. Pendekkata berkebun dah jadi macam satu terapi buat pokcik. Pokcik rasa damai, tenang dan aman bila melihat kehijauan tanaman ini. Bertambah seronok bila melihat pohon jagung mulai berbunga.. 

Membilang hari untuk memungut hasil. Sekurang-kurang menjimatkan duait perbelanjaan dapur 
.

Ulasan

Panana berkata…
gigih pokcik berkebun.. berbakti kepada tanah la katakan kann,, haa pakcik saya baru followback pakcik nii.. and saya ada tag pakcik kat 1 post saya,sebab saya anggap pakcik macam kawan blogger saya lah.. hehe
Unni anje berkata…
bestnya dpt berkebun.. xtau a bila Unni ni ada masa nk berkebun

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu