Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Bila berpeluang

Dah agak lama pokcik tidak berpeluang untuk ke kawasan baruh (sawah padi) bila senja menjelang. Tadi kesempatan yang datang pokcik gunakan sebaik mungkin.. dapatlah snap sekeping dua gambar untuk dijadikan koleksi pokcik...  Tidaklah secantik mana pun berbanding dengan pemandangan yang kalau dapat dilihat secara realiti.. sungguh indah ciptaanNYA.

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2016

Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah nak masuk 2016. Bagaimana dengan persediaan anak-anak sekolah. Seragam sekolah dia orang. Alhamdulillah pokcik dah selesai bab tu. Yang tinggal sekarang bab yuran dan buku-buku sekolah dia orang sahaja lagi. Sekarang ni pokcik dah tinggal tiga yang bersekolah... Bongsu, perempuan sorang tu tahun depan dah tahun tiga yang keempat masuk tingkatan satu dan yang ke dua tingkatan lima. Jimat sikit perbelanjaan. Yang sulong dok POU Ipoh tu sekali-sekala minta belanja, yang kedua bercuti panjang sementara menunggu result SPM, sambil intai-intai kerja sementara. Pagi tadi sekolah pokcik dah mengadakan hari pendaftaran bagi sesi persekolahan bagi tahun 2016. Nampak meriah dengan riak wajah yang ceria dari ibu bapa.  Dapat jumpa rakan-rakan guru yang ada tu dah berminggu tak jumpa.  Siap mendaftar pelajar-pelajar. Sesi bermesyuarat pengurusan bagi tahun 2016 bermula.. selamat bertugas kembali

Dayana's Blog List Jan-Mar 2016

Klik banner untuk join

Selamat pagi

Kredit buat tuan gambar Selamat pagi sahabat. Selamat pagi bagi sahabat yang hari minggunya adalah jumaat dan sabtu dan selamat beristirehat bagi mereka yang cutinya sabtu dan ahad.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Faiz & Raja Nurul Nasuha. Pagi tadi pokcik ke majlis akad nikah anak buah pokcik... anak sepupu. Dengan sekali lafaz sahaja anak buah pokcik ni dah bergelar suami orang... Engkau jaga baik-baik bini engkau tu Faiz ye.. nasihat dari pokcik tadi Majlis yang diadakan pada jam 12.00 tengahari di Masjid Pekan Kuala Besut. Majlis persandingan akan diadakan pada sabtu ni 26 Disember di Kampung Dalam Rhu, Kelantan. Sebelah pihak lelaki pula pada 8 Januari 2016.

Hasil dari hobi #29 - Angsa ganas

Angsa ganas . Mulanya pokcik tertanya juga dari mana datangnya ayat angsa ganas ni, bila anak pokcik sering menyebut perkataan  tu.... nak kata angsa ni ganas tu taklah ganas sangat.. belum ada lagi yang kena cubit manja dengan angsa ni.. walaupun ada ugutan dari kumpulan angsa ni. Rupanya  angsa ganas   ni adalah  nama kumpulan dalam rancangan Super Spontan di Astro.. ntah musim yang ke berapa.. Tapi angsa pokcik tak ganas, siap boleh peluk dan gosok-gosok. Tapi itu untuk tuan dia kalau orang lain yang tak dikenalinya gerenti ada yang kena kejar..

Segmen Blogwalking + Bloglist

(klik banner kalau nak join sekali) Saguhati kepada yang bertuah: 10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016. 2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari) seorang blogger bertuah dapat top up RM10 Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com

Nak poket calendar tak? kalau nak jom join giveaway ni.. klik banner atas tu..

Segmen Nak URL Blog #21

Dah agak lama tak join segmen yang dianjurkan oleh blogger Mialiana ni... jadi bila blogger ni anjurkan segmen ni pokcik join sekadar untuk memeriahkannya.. jom pakat-pakat join..klik banner atas tu...

Hilang follower

Hilang Follower.. bila pokcik blogwalking ke blog rakan-rakan yang ada dalam bloglist ni. Ramai antara mereka yang bercerita pasala kehilangan follower, pokcik ingatkan pokcik saja yang kena rupa-rupanya ramai kena. Tak tau la apa sebabnya. Pokcik taklah ramai sangat follower ni, dan kehilangan tiga dari mereka. Ada juga rakan blogger yang sampai berbelas dan berpuluh follower yang hilang. Apa kes ni?...

Cabaran 2016

Kredit gambar Kurang 2 minggu lagi tahun 2015 bakal sampai ke penghujungnya. Lepas tu tibalah tahun 2016 yang dijangka agak mencabar dari segi ekonomi. Bagi yang tinggal kat kampung macam pokcik ok lah lagi.... terasa memang terasa, tapi tidaklah seteruk  mereka yang tinggal kat bandar tu Kat kampung macam pokcik ni mana ada jalan bertol,kami kat ceruk kampung ni bebas tol. Hari tu pokcik dah rasa pergi kat Key El. Pusing situ pusing sini... bayor semua. Semakin hari kos sara hidup makin naik tapi gaji tak naik pun ... naik memang naik tapi sekali setahun sementara barang keperluan berkali-kali naik dalam setahun. Duit seratus sekarang dah tak sama macam nilai seratus satu tahun yang lalu. Banyak cabaran ekonomi yang kena hadapi ni... lebih-lebih lagi bila sekolah dah nak buka.. kata seorang sahabat pokcik yang kerjanya menoreh getah yang sekarang ni terpaksa menukar profesion nya bila musim hujan menjengah. "Aku tak nak pikir sangat pasal duit ni, kalu ...

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Kalau terasa nak join.. klik jer banner atas tu...Tarikh Tutup  -  30 Disember 2015, jam 11.59 malam.

Hari-hari yang makin sibuk

  Semakin menjelang tahun baru semakin sibuk . Seperti biasalah kalau diakhir tahun seperti ini. Tugas-tugas pokcik di pejabat semakin banyak yang perlu dibereskan sebelum masuk tahun lain, terutamanya  berkkaitan dengan akaun. Segala perbelanjaan, segala peruntukan kewangan dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah rezeki pokcik pun sedikit bertambah... pada asalnya risau juga, iyalah kan cuti sekolah semakin habis. Sesi tahun baru akan bermula, semuanya perlukan perbelanjaan yang besar.. uniform sekolah ana k-anak perlukan yang baru, duit belaka tu kan. Anak yang kat POU Ipoh tu pula dah mengadu nak kan laptop... hari tu dah bagi tapi rumah sewanya dimasuki  orang dan segalanya banyak dikebas simalaun tu. Isteri pula mengadu mahu buka satu lagi kedai.. duit belaka tu kan... Hari tu pokcik ada buat kursus fotografi dan juga blog... tindak balas dari itu, ada beberapa rakan peserta yang be r usia baya-baya pokcik, minta pokcik buat design kad jemputan dan juga c...

Amy Hilmirda Giveaway 2015

  TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.   Untuk turut sama,... klik banner 

1st Mini Giveaway by Azyyati Liah

 Hadiah A Hadiah B Meh join... cam biasa klik banner je

Giveaway Akhir Tahun 2015 by Beautiful Of Iman

Bila di tanya kenapa pokcik suka join segmen atau giveaway... sebabnya sudah tentulah dengan cara ini pokcik mengenali rakan-rakan blogger yang lain atau  pun rakan-rakan yang lain boleh mengenali atau mengetahui tentang kewujudan blog pokcik ni. Tapi pokcik suka join segmen yang simple tidak payah klik itu ini yang banyak sangat.. line internet pokcik kat kampung ni ciput..slownya memang amat slow.. kadang-kadang tu sampai tahap boring kadang-kadang tu ok je...  Soal hadiah tu nombor dua... besar atau kecil tiada masalah. Jadi jomlah pakat join giveaway ni.. pakat meriah.. jom klik banne r tu.

Kursus Fotografi & Asas Photoshop

Tadi, seharian pokcik berada di tempat Kursus Fotografi & photoshop asas di KRT Seberang Jerteh,..Bukan sebagai peserta kursus tetapi sebagai pembantu fasi... Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang Pada sebelah pagi bermula jam 9.00 kursus asas bermula dengan Tuan Haji Alias b. Ab. Ghani guru besa SK Kampung Amer memulakan tugas sebagai fasi.. beliau merupakan bekas guru pokcik dahulu. Selepas itu sahabat pokcik, Cikgu Yusri pula menyambung tugas sebagai fasi..    Sesi pembelajaran Photoshop bermula jam 3.00 petang disampaikan oleh petugas Pusat Internet 1M. Jam 5.00 petang Timbalan Pengarah JPNIN negeri Terengganu merasmikan kursus dan menyampaikan sijil kepada peserta kursus.   Pokcik pun tak naklah upload banyak-banyak gambar kat sini...  layanlah sekeping dua aje gambar.. 

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

ahaa.. nak join kan senang tak kena bayaran ... klik banner tu je

Meja Kerja #21 - Kuih dari rakan--rakan

Musim cuti sekolah ni.. kantin sekolah pun sememangnya tutup. Untuk mencari makan bila tengahhari pokcik kena keluar jauh. Maklumlah bertugas di dalam FELDA ni... Untuk mencari makan tengahari agar sukar sikit.  Jadi, tadi  ada beberapa rakan guru yang datang membawa kuih untuk pokcik..  terisilah sikit perut pokcik untuk tenggahari ini.

Pencarian Blog Terkemas 2015 !

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain. Click Gambar untuk Join Tau!! Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger. Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck! pokcik tag :- 3lalat

Betul ke pokcik boleh buat...

Ada yang tanya pokcik, betul ke pokcik boleh buat kabinet dapur . Ahaaa... betullah. Tapi memang pokcik tak pernah buat lagi set kabinet dapur. Yang lepas-lepas sudah pokcik hanya siapkan petak-petak dalam reban itik ayam....pasal kabinet dapur pokcik belum buat tapi pokcik yakin pokcik boleh buat, tu yang terasa nak buat. Dua bulan lepas pokcik siapkan katil untuk anak perempuan pokcik walaupun tak cantik anak puji.. kukuh tegap. itu pun pokcik buat dengan menggunakan peralatan asas.... tukul, pahat dan gergaji. Bila nak buat kabinet dapur ni pokcik terasa juga nak ada beberapa alat seperti circular saw, drill, planner atau sander... yang asas untuk hobi sahaja sekadar mencukupkan. Harga alat-alat ni pun mahal juga.. tunggu ada duit lebih dulu dalam poket... Tadi pokcik pergi kedai buku... tetiba tengok buku ni rasa  tertarik hati  untuk memilikinya  sebagaimana hobi yang baru bercambah ni... dalam bahasa inggeris.. Yakin boleh buat...

Kursus Asas Fotografi

Sebagaimana banner di atas. Tarikh kursus, Masa dan tempat semuanya tercatat. Pelepasan dari boss pokcik dah dapat tapi yang ni pokcik bukanlah bertugas sebagai fasi sepenuhnya. Tugas pokcik hanya sebagai pembantu pemudahcara. Slot Kursus asas fotografi DSLR dan Smartphone akan dibuat oleh pegawai dari SKMM pada sebelah pagi.  Pada sebelah petangnya pula kursus asas penggunaan photoshop  akan dibuat oleh sahabat pokcik dan pokcik sebagai pembantu pemudahcara. Membantu peserta yang mungkin akan tergagap dalam menggunakan software ini.

Petai belalang belakang rumah

Petai belalang belakang rumah dah makin besar dan tinggi .  Petai belalang ni tak ramai yang suka memakannya. Anak-anak pokcik pun kurang gemar kalau dimakan buat ulam cicah sambal atau budu tapi kalau dicampur dengan  bersama-sama ulam lain dalam nasi kerabu memang tak cukuplah jawabnya. Kalau dulu pokcik suka sangat makan benda ni, dibuang isi dari papannya cukup semangkuk terus masukkan dalam bekas budu campur dengan hirisan kecil cili kampung... jawabnya macam nak meletup lidah ni . sejak dua menjak ni.. pokcik dah tak berapa minat untuk makan benda ni. Bukannya apa pokcik alah dengan benda ni. Bila makan aje, tak kiralah sikit atau banyak... makan akan adalah perubahan pada diri pokcik, gatal mata, gatal hidung, mata berair (resdung tu) tak sanggup rasanya.  Tapi kesannya tidaklah sehebat makan ayam kampung. Pernah sekali tu pokcik makan ayam kampung tiga hari tak pergi kerja (1 hari cuti rehat 2 hari MC) sakit kepala sampai demam-demam....

Ooooo... Rupanya ada makhluk yang tersembunyi

Oooooo... rupanya ada mahkluk yang tersembunyi . Tadi  selepas bagi itik ayam makan macam biasalah pokcik galas kamera... saja, nak ambil sekeping dua gambar bunga. Waktu pokcik rakam gambar ni tak perasan pula pokcik ada makhluk yang tersembunyi. Sebaik pokcik cucuk SD kad kat laptop , baru perasan ada makhluk ni.    Nampakkan mahkluk tu kan,....kan...

Mimpi Ngeri

Gambar sekdar hiasan Semalam pokcik bermimpi... bukan mimpi basah,.. betul, sungguh ngeri mimpi pokcik. Bukan mimpi dikejar anjing atau dipatuk ular, yang ni lain. Rasa nak cerita tapi seakan tak nak kongsi... biarlah pokcik cerita sedikit. Pokcik telah menumpang sebuah kapal yang amat besar, diketuai oleh seorang nakhoda yang amat hebat dan tersohor dalam pelayaran. Dibelakang kapal kami terdapat ratusan ribu lagi kapal yang mengiringi pelayaran.  Dalam jarak yang tidak berapa jauh mendekati daratan atau jarak pandangan mata memandang yang jelas... Tiba-tiba terdengar riuh dibelakang dengan ngauman yang entah maha dahsyat bunyinya. Bila ditoleh kebelakang terlihat ribut yang kuat dengan gulungan ombak yang besar melebihi ketinggian puncak gunung cuba menghempas kapal-kapal yang berada dibelakang. Maka berkejar-kejaranlah kapal-kapal dibelakang ini cuba mendahului antara satu sama lain. Cuba lari dari gulungan ombak dan badai, banyaklah kapal yang tenggelam. Diat...

Menjadi fasilitator kursus asas blogspot

Tak disangka dan tak diduga.. tiba-tiba pokcik menjadi fasilitator kursus asas blogspot bagi peserta dari Islamic Outreach ABIM Besut. Sebenarnya pokcik dah maklum awal-awal lagi pada rakan-rakan dari NGO ini yang pokcik bukan pandai sangat untuk mengajar buat blog ni, setakat asas tu bolehlah. Kalau untuk yang lebih advanced minta dia orang cari yang lain.  Pusat Internet 1Malaysia Alor lintang Besut dipilih bagi lokasi kursus ini   Lagi pun blog pokcik ni bukanlah lah blog yang sohor nya seantero Malaya, dengan pageview tak sampai dua ratus dalam satu hari.. Kata sahabat ni dia orang tak kisah, janji dapat ilmu. Jadi apa yang ada didada ini pokcik kongsilah bersama mereka....mereka terima seadanya. Namanya lagi kursus asas, merangkak-rangkaklah pokcik bercerita pada dia orang tapi bestnya dia orang cepat tangkap. .. memudahkan lagi tugas pokcik     Lebih memudahkan lagi tugas pokcik bila pokcik dibantu oleh dua gadis manis dari Pusat Interne...

Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Hadiah : RM100 Top Referral RM50 x 8 Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , MyKeledek , Kerinchi , Putrajaya2u , Salina , Resepi , Mek Zumbie , Ayu Arjuna , Cik Yah , CikIla , Cik Sepet , Fadzi , Yangbaik .

1st Disember - keseorangan

   Seperti biasa sejak sekolah bercuti ni, dipagi-pagi hari pokcik akan singgah di kedai kopi tepi parit untuk bersarapan pagi. "Hai, cuti-cuti sekolah pun kerja juga" Kakak kedai kopi tegur pokcik. "Aha.. akak, kerja... yang cuti tu murid-murid dan guru. Kalau saya cuti siapa yang nak sapu sampah, sapa yang nak potong rumput" jawab pokcik. "Akak ingatkan kamu cuti macam cikgu juga, maklumlah duduk kat sekolah" Sambung akak tadi. "Akak, cikgu sekarang pun dah tak macam dulu.. bila-bila masa dia orang pun akan dipanggil... kerja tu lah kerja nilah..  kursus itu ini" Jelas pokcik. Bila time cuti macam ni yang pastinya pokcik keseorangan bila cuti datang..... Ramai juga pengunjung yang sudi bertandang ke blog pokcik dan meninggalkan komen.. Sebagai penghargaan pada rakan blogger pokcik senarai sedikit daripada mereka:- 1.   3lalat  (24) 2.   Perdu Cinta (8) 3.   Fida Z Ein (6) 4.   Sheila Adziz ...

Ceroh Jiloh

Setelah dua tiga hari hujan turun... kadang-kadang lebat kadang-kadang sedikit...( hujan be'ret-be'ret) Hari ini mentari mulai memunculkan diri... maka ceroh jiloh lah pagi ni. Harap-harap panas berpanjangan... keringkan kain diampaian Kusangkakan panas berpanjangan rupa-rupanya gerimis mengundang haa...haa.. (Lagu slam punya)

Hujan lebat, air ditempayan jangan dicurahkan

Gambar banjir tahun lepas Dua tiga hari ni, hujan turun dengan lebatnya. Agak sikit merisaukan, bukannya apa.. bimbang dan trauma kini menjelma. Takutkan paras banjir lebih tinggi dari biasa.  Kejadian menimpa daerah-daerah di Kelantan pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini membuatkan keseronokan menanti musim banjir/bah telah hilang. Kalau dahulu musim banjir adalah salah satu musim yang dinanti-nantikan.. waktu tu masih kanak-kanak dan awal remaja. Rasanya tahun ini, kalau berlaku banjir parasnya mungkin lebih dari tahun-tahun yang lalu kerana banyak tempat-tempat disekitar kampung pokcik telah ditambun dengan tanah untuk pembangunan. Tempat-tempat lembah ditambun dengan tanah hingga tingginya melebihi dari kawasan-kawasan sekitarnya. Hingga ada rakan-rakan yang  mengatakan sekiranya berlaku banjir, penduduk sekitar rumah pokcik akan berpindah tahun ini. Depan rumah pokcik alor, belakang rumah pun alor... walau apa pun pokcik berserah segalanya kep...

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"

    Pokcik benar-benar mengharapkan kemenangan. dalam giveaway ni.. walaupun pokcik tak minat baca komik tapi anak-anak pokcik memang kaki komik. Pokcik baru berkira nak bagi surat ugutan ataupun rasuah supaya bagi menang kat pokcik.. rupanya penganjur giveaway ni lagi ganas...tak nak layan sebarang ugutan.. Admin zyraroxx.blogspot.my ... tu, kasi can lah pokcik menang kali ni...Pokcik nak nasihat kan kat rakan-rakan blogger, jangan klik banner atas tu, biar pokcik sorang je menang kali ni... mua haaa..haa.. Pokcik gurau je tu.. jom lah kita pakat join ramai-ramai.

Sambal tanpa belacan

K redit gambar "Awak buat sambal, memang tak sedap' rungut pokcik pada mokcik. "Sambal kat kedai Jenab tu lagi sedap dari sambal yang awak buat ni" sambung pokcik lagi. "Dah, kalau dia buat sambal tu sedap sangat, kenapa tak pergi tunggu kedai dia. Pergi lah tunggu" Mokcik mula membebel pada pokcik. "Seingat sayalah, dulu saya terpikat kat awak ni, pasal sambal belacan yang awak buatlah. Dulu memang sedap tapi sekarang kenapa tak sedap pula" tanya pokcik sebelum sempat mokcik membebel lebih panjang lagi. "Itu dulu.. dulu saya bubuh belacan. Sekarang ni saya tak masukkan belacan dalam sambal tu.  Kalu saya bubuh belacan tu, nanti ada pula orang berair hidung, sakit kepala, gatal muka" mokcik mula membebel. "ya ke... ahaa.. lupalah saya". Iyalah sambal tanpa belacan memang tak sedap. Hidup kita ni perlu rencah-rencah sebagai pelengkap kehidupan.. barulah sedap dan menarik. Teringat pokcik pada dia...

Segmen Tonton Guruku Tersayang

Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda. Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah. 1) Follow Blog Uk , Google + , Blogger Ku dan Facebook Uk . 2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang. 3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish. 4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini . Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.

Ke lokasi kejadian

Pagi ini, pokcik bersama seorang rakan wartawan ke lokasi kejadian dimana dua kanak-kanak berusia sembilan tahun mati lemas kerana tergelincir di dalam perigi. Kejadian berlaku pada petang semalam. Dimana tiga kanak-kanak ini bermain berhampiran dengan perigi yang digunakan untuk meracun rumput di kebun kelapa sawit kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.  Ketiga-ketiga kanak-kanak ini tergelincir jatuh dan salah seorang dari mereka dapat naik dan terus memaklumkan kepada jiran yang berdekatan. Salah seorang mangsa adalah OKU (lembam) Salah seorang jiran berdekatan menunjukkan lokasi kejadian mati lemas Hujan yang lebat pada malam tadi telah menenggelamkan kawasan perigi tersebut.Bagi mereka yag mempunyai anak-anak kecil, awasilah mereka jangan benarkan anak-anak anda bermain dikawasan parit dan tali air. Ingatan ini juga untuk diri pokcik sendiri. Kawasan rumah pokcik ini dikelilingi alor dan parit. Tambahan sekarang ini musim tengkujuh telah melanda den...

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

  Tarikh tamat : 15 December 2015 Ahaa... kalau segmen yang mudah-mudah dan senang-senang macam ni memang pokcik join.  Line kat rumah pokcik ni ciput.. kalau kena like tu like ni tak terasa pula nak join. Meh pakat join klik banner atas tu.

Gambar hari rabu #22 - Bukan kucing peliharaan

Setiap kali hendak bermain dengan kucing, pokcik dan anak-anak akan ke rumah mak pokcik. Di rumah pokcik tiada kucing, walaupun pokcik seorang pengemar kucing. Isteri pokcik alahan pada najis kucing. Stop. Nanti mokcik membebel.... nota : maaf wa k tiga lalat,.. sekali-sekala pokcik tiru wak punya ayat (trademark)  ..hi.hi..

Tupa belake rumah (tupai belakang rumah)

Tupai Belakang rumah . Bukan setakat belakang rumah. Kadang-kadang tupai ni dah pandai menyusup masuk ke dalam rumah (pondok kecil) pokcik. Maklumlah pokcik ni rumahnya dikelilingi hutan-hutan kecil. Bukan setakat tupai saja kadang-kadang tu babi pun datang menyondol tanaman. Tupai ni dah biasa menyusup masuk dan mencari sisa-sisa makanan di dapur rumah pokcik. Bahkan bersarang di belakang almari di dalam bilik.  Yang menjadikan sakit hati bila kain baju yang koyak dijadikan alas sarangnya.. mengamuk sakan mokcik. Sebenarnya pokcik tak sampai hati nak bunuh anak tupai.. Kesian tupai... mamalia kecil yang dianggap musuh manusia terutamanya pekebun buah-buahan.  Lirik lagu anak tupai (tengok youtube ---->>) Halim Yazid   menceritakan perihal hubungan dingin manusia dengan tupai. Ada sekor anak tupa, atah jula mokte, kudung ekor perok lapar, jale cari make, Kejadian tuhan dipanggil nama tupa, asalnyo dale hute, sejenis mamalia Kejadian tuhan dipa...

Mini Giveaway YanieYusuf.com

Jom join segmen ni... Tarikh akhir: 30 November 2015. Macam biasa klik banner atas.