Langkau ke kandungan utama

menang Giveaway Ilmu Buat Duit Affiliate


Hari tu pokcik ada join giveaway yang dianjurkan blogger femes hasrulhassan, tak sangka pula pokcik dah menang... tahniah untuk diri pokcik dan terimakasih untuk penganjur.

Dalam gembira ada kebimbangan dihati... nak tidur awal ada kerisauan.. mana tahu sedang asyik tidur banjir pula datang melanda. Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang tinggal di hulu Besut, seperti Keruak dan Kampung La... ada rumah penduduk kampung yang hanya nampak bumbung.

Risau pokcik.... berdasarkan pengalaman yang lalu.. air ini mengambil masa lebih kurang lima ke enam jam untuk sampai ke sini. Ini bermakna kalau kampung di hulu sana dinaiki air pada jam 8 malam bermakna antara jam dua belas malam atau satu pagi air akan mula memenuhi kampung pokcik pula.. jadi pokcik perlu bersedia,... menyimpan apa yang perlu ke tempat yang tinggi.

Kereta, motor ke tempat tinggi.... ayam.. itik?.

Ulasan

Sura Mohd berkata…
tahniah dah menang..
kalau nak tido pon mesti tak lena kan..duk risau takut air naik..mesti waspada..jaga-jaga ya..:)
Puteri Kenari berkata…
tahniah pokcik deh...
Unknown berkata…
tahniah pokcik...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...