Langkau ke kandungan utama

Penat bila banjir melanda


Lebih kurang 5.00 pagi tadi air mulai memasuki kawasan rumah pokcik.. memang dari semalam lagi tak lena tidur.... macam mana nak lenakan bila hati dok bimbang.

Setiap kali banjir melanda penat tak boleh nak cerita... kereta motor awal-awal lagi pokcik pergi letak ditempat yang tinggi... jalan atas parit menuju ke sawah padi menjadi pilihan untuk parking ketana kat situ lebih tinggi..

8.30 pagi, ruang dapur pula dimasuki air... punggah dapur, punggah peti ais dan macam-macam lagi barang ke tempat tinggi... ruang utama menjadi dapur buat sementara... yang paling memenatkan ialah bila surut nanti... faham-faham sendirilah kan... dengan selutnya.. tapi banjir kali ni lain sikit keadaannya... lambat surut...

hmm.. anak-anak pula cukup gembira.... bermain, berenang, menyelam.... dari kuak lentang sampailah ke kuak kupu-kupu.... berhenti tidaknya bila gigi dah berlaga dan jari dah kecut pucat.

Anak ayam dan anak itik kat reban ada yang mati ada yang dihanyutkan air .. apakan daya pokcik paras air terlalu cepat.


Ulasan

Wafa cw berkata…
Subhanallah... takat pinggang dah ker tu?
pokcikblogger berkata…
Dah hampir paras dada doh tuan wafa

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...