Langkau ke kandungan utama

Update Staus di Facebook, Apa niat kita sebenarnya?


Rasa macam panjang aje tajuk kali ini....Sebenarnya gambar ni pokcik ambil dari posting status seorang sahabat di Facebook. Apa sebenarnya niat kita?..Walaupun tujuan kita bukan menjurus kearah itu tetapi apa yang difikirkan oleh sahabat kita di facebook.... adakah kita hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk dengan riak dan takbur..

Terfikir juga oleh pokcik akan kebenarannya... Nauzubillah semoga kita tidak tergolong seperti di atas.

Ulasan

Umie Amirain berkata…
berhati2lah kan pokcik...takut2 terdetik rasa riak tanpa sedar dengan apa yang dikongsikan, walhal hanya untuk berkongsi cerita dengan rakan2...
Wafa cw berkata…
bab bab niat atau benda dalam hati ni, tak nampak... tuhan saja yg tahu... kita tak mungkin tau orang ikhlas atau nak menunjuk dan sebagainya... sebab main dengan benda tak nampak. Kita boleh agak saja niat org tu dari cara dia posting... mungkin betul... mungkin tak betul hak kita agak tu... walaupon mungkin nampak jelas macam nak menunjuk. Allahualam... Jadi ambo rasa baik ambo dok diam jah... takut salah gi 'mengata' orang... dok pasal-pasal dosa kering ko guaner?... Paling paling pon..istighfar dalam hati jah.... nok buat guaner... kita semua ni tuhan ghoyak doh, setan tu dok jalan kot dalam urat darah kita jah... dan tipu daya setan tu amat halus... pesan saya - pakat-pakat lah bersangka baik dan istighfar banyak-banyak... kalau nampak benda tu macam bui kebaikan pada orang tu, puji lah Allah subhana wataala atas hak dia bui ko orang tu... kalau nampak macam orang tu susah... doa semoga Allah permudahkan urusan orang tu, mintak juga supaya jangan ia timpa atas kita... lagu tu lah... ko guano pokcik kita? Wallahualam...
pokcikblogger berkata…
betul apa yang tuan Wafa Cw katakan tu..

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...