Jumaat, 12 Disember 2014

Tak pok

Kawan pokcik bukan main ketawa... ketawanya lain macam, sampai menitik air mata. Melihatkan keadaan itu pokcik rasa bimbang. Dalam hati tak pernah dia ni macam

Dalam hati pokcik "salahkah apa yang aku katakan tadi". Dia berhenti ketawa,... serius pandang pokcik. Bertambah bimbang hati ini. Pokcik cuba kemaskan kekuda kaki.. hati orang bukan senang nak diduga hatta sahabat baik sendiri pun
.
"Sudah lama aku tak dengar perkataan tu" sambil mengukir senyuman pada pokcik.

"Perkataan mana" tanya pokcik . Hati ini masih dalam waspada dan siapsiaga... dan sudah menduga atas kertelanjuran mulut ini.

"Kau bagi aku idea... sudah dua tiga malam aku dok fikir nama apa yang sesuai". Kawan ini masih dalam mood yang benar-benar ceria. 
Perasaan ini berasa amat lega.

"Perkataan mana?". Hati ini masih tertanya-tanya.

"Tadi, yang engkau kata aku tak pok"  kawan ini masih dalam senyum yang memanjang.

"Terima kasih kerana bagi aku idea" sambungnya lagi.

"Laaa... aku ingatkan engkau marahkan aku tadi"

"Buat apa aku nak marahkan engkau. Engkaukan sahabat aku, sifu aku"

"Iyalah, engkau pun tahukan maksud tak pok itukan" pokcik cuba tengok air muka dia, takut-takut dia berasa hati atas perkataan itu.

"Aku tahu... maksud dia kurang cerdik tapi tak sampai tahap bengongkan" sahabat ini menjelaskan maksud perkataan ini sambil ketawa.

"Kau dah bagi idea untuk nama blog yang aku nak buat... tapi aku tak nak taruk nama tak pok tapi mudah pok... cantikkan" sambungnya lagi.

"Huiii, engkau ni macam-macamlah... bikin aku jadi saspen.. apara punya ini worang.

Sebenarnya sahabat pokcik ni seorang guru pemulihan khas gred DG44... antara kami sentiasa ada perbincangan dan gurau senda kerana kami berdua mempunyai hobi yang hampir sama, iaitu fotografi dan blogging.., blog sahabat ini ada dalam bloglist pokcik.... blog yang belum diupdate katanya

5 ulasan:

mila berkata...

oooo...dok pok la pokcik..kalo tls tak pok mcm len benar bunyi, xbest..hehe...

mila berkata...

setahu sy dok pok ni bukan kurang cerdik tp lebih kepada mcm dok maiyid/ dok matang..

Tanpa Nama berkata...

kalau orang sarawak kata tapok maksudnya sembunyi.... :))

pokcikblogger berkata...

Terimakasih ketsn perbetulkan ... betullah tu dokpok... pokcik silap taip

pokcikblogger berkata...

Mila Hilas... memang betullah dok pok tu tidang matang atau belum akil baligh... tapi dlm perbualan pokcik dan sahabat... itulah yg dimaksudkannya