Langkau ke kandungan utama

sentiasa hilang fokus bila menulis

Fokus dalam menulis... 

Itu yang susah bagi pokcik. Bila berkunjung ke blog rakan-rakan blogger tengok dia orang senang-senang buat lebih dari dua tiga entri setiap hari... macam rasa senang je dia orang tulis.

Lagi susahnya apa yang dok bersarang dalam kepala, terlalu banyak dan terlalu mudah untuk dirungkaikan tetapi bila je cuba untuk mengetuk keyboard ni bagi menterjemahkan apa yang bersarang tu ... dia hilang begitu saja. rasa macam susah sangat. Pokcik pernah tulis perkara ini.

Lebih menyusahkan lagi untuk pokcik menulis panjang-panjang bila pokcik hanya menggunakan tab untuk menulis blog dan blogwalking. Pokcik cuba mengekalkan momentum menulis diblog... walaupun tidak banyak. satu posting sehari sudah memadai.

Apa yang penting rasanya ialah fokus pada satu-satu perkara... yang tu memang susah, sebabnya banyak perkara yang kena fokus. jadi sebagai blogger sambilan ni... yang sekadar suka-suka... bila ada masa free pokcik buat. Lainlah bagi mereka yang sepenuh masa menumpukan dalam bidang ini... yang berkerja dengan hanya menulis blog.

Ada satu perkara yang sehingga kini pokcik tidak dapat menumpukan masa untuk memulai mengerjakannya... 

Ulasan

Sura Mohd berkata…
takpa la pokcik..slow-slow..sura pon cam tu...sehari sekali jer update..tp sejak 2 menjak ni..seminggu 2-3 kali jer..penyakit M sudah serang..ditambah kerja yg berlambak..:)
pokcikblogger berkata…
Macam tulah Puan Sura... sejak diri ini makin berusia dengan kerja-kerja yang melambak makin hilang fokus kita
Wafa cw berkata…
Assalam... Sebenarnya demo banyak penambahbaikan pada blog ni... entri demo pon bagus-bagus (pada kawe la), maknanya the kind of entries yang santai untuk dibaca... :D
Well... all the best to you :)
Ambo pulok memang doh tok fokus sgt doh... kawe takut fokus kawe hok penting lagi terabai kalu fokus dooh ko blog :) Allahualam...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu