Jumaat, 19 Disember 2014

aktiviti sebelum banjir surut

Sebelum banjir surut sepenuhnya anak anak ni nak main banjir sepuas-puasnya....nak dilarangnya kesian pulak bila tengok sepupu-sepupunya dengan galak dok berenang kuak lentang... kuak kupu-kupu.  Bila kata boleh... senyum je anak ni.. senyum sampai telinga...tapi ada syaratnya.. terkedu pulak dia.


Dengan syarat... kawasan depan runah atuk fua sahaja.... dibawah pemerhatian abangnya...


Pokcik pulak... dah penat, sakit pinggang... bayangkan dengan selut yang tebal diruang dapur tu kena dibersihkan sebelum kering. Isteri pula dengan pinggan mangkuk, bekas-bekas plastik yang dah  berselut kuning... memang memenatkan.



Apakan daya kita... mungkin seronok bagi anak-anak tapi tidak bagi kita ibubapa.








1 ulasan:

Norihanyusuf berkata...

Begitulah zaman kanak-kanak saya dulu, seronok main air. Dah besar ni baru lalui apa yang emak ayah lalui. Susah hatinya bila datang banjir.