Rabu, 22 Oktober 2014

Yakin dan terus usaha


Petang tadi pokcik singgah di pasar raya menemani isteri selepas menutup kedai kami. Pokcik tertarik dengan kegigihan tiga remaja meniaga kentang spring,dan air kelapa dengan van.

Pokcik teringat pada dua beradik kawan pokcik yang pernah meniaga  air tebu sewaktu remaja dulu. Kawan pokccik dua beradik sekarang ini merupakan antara peniaga yang berjaya. Manakala pokcik pula bermula lewat dan memerlukan masa rasanya untuk berjaya.

Pokcik yakin remaja ini akan berjaya sepertimanna kawan pokcik tu lima tahun nanti atau sepuluh tahun nanti kalau mereka terus gigih berusaha tanpa jemu.. yakin dan terus usaha.

2 ulasan:

PCL berkata...

sy pernah meniaga pasar malam, kena ada daya saing.dan jgn malu..insyaAllah berjaya.

Invisible Me berkata...

Bermula dari bawah baru tahu susah senangkan :)