T'shirt mAc PokcikBlogger

 
T'shirt m.A.c (Mafiaz Angler Club) yang pokcik tempah dari rakan pokcik selamat sampai kat tangan pokcik sekejap tadi. Jam 10 pagi semalam sahabat pokcik yang tinggal di Selayang Lama hantar melalui perkhidmatan Poslaju dan ketika ini dah pun berada ditangan pokcik.. cepatkan.

m.A.c ni adalah kelab memancing yang diasaskan oleh Abez Maffiaz, rakan sepermainan pokcik semasa kecil. Kami sama-sama berkubang dalam selut, menangkap ikan dibendang, melastik burung dan semua aktiviti kanak-kanak masa itu.  Sekarang ni sahabat pokcik ni telah tinggal di Selayang.... kami berpisah sebaik sahaja beliau tamat SPM (beliau lebih tua setahun daripada pokcik). Terputus hubungan selama hampir 23 tahun dan bertemu semula melalui facebook.

Selepas itu beliau meng'add'kan pokcik dalam kelab memancingnya. bukan setakat jadi ahli kelab dalam facebook sahaja... pernah beberapa kali beliau pulang ke kampung asal dan kami memancing bersama.

Facebooklah yang menemukan kami semula...

1 ulasan:

Unknown berkata...

wah... smart baju pokcik

Jom Sertai Segmen MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi