Bermula dengan sebaris ayat gurauan di group whatsapp.... jus roselle yang pokcik buat hari tu mendapat sambutan. Buat permulaan hari ini pokcik membawa ke tempat kerja sebanyak lima botol... dengan harga RM5 sebotol habis terjual dalam sekelip mata. Ada rakan-rakan yang meminta pokcik bawakan lagi pada ahad nanti... ada yang meminta pokcik buat jem... inilah hasil dari hobi yang tak tersangka yang bermula dari satu gurauan
Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...
Ulasan