Pernah tak kita terfikir, siapakah orang pertama yang menyebut peribahasa "seperti katak di bawah tempurung" ? Pokcik sendiri pernah tertanya-tanya. Agaknya siapa orangnya? Bilakah peribahasa ini mula lahir? Dan apakah yang bermain di fikirannya ketika itu? Selepas pokcik mencari beberapa rujukan, rupa-rupanya tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang tepat. Tiada catatan sejarah yang menyebut nama penciptanya. Tiada juga tarikh bila peribahasa ini mula dituturkan. Barangkali begitulah indahnya bahasa Melayu. Banyak peribahasa tidak lahir daripada seorang sasterawan atau cendekiawan yang terkenal. Sebaliknya, ia lahir daripada kebijaksanaan orang kampung biasa. Mereka memerhati alam, memikirkan kehidupan, lalu menyusun kata-kata yang ringkas tetapi penuh makna. Pokcik membayangkan suasananya begini... Suatu petang, selepas hujan berhenti, seorang lelaki tua berjalan di halaman rumahnya. Di tepi pokok kelapa, ada sebiji tempurung yang sudah lama terbiar. Apabila dian...