Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tersasul Dalam Tulisan

Kadang-kadang dalam menulis, lidah hati kita pun boleh tersasul. Bukan semua yang terbit dari jari itu datang dengan tertib akal. Ada masa, rasa yang berkocak di dada tumpah tanpa sempat kita tapis atau tenung dua kali. Lalu keluarlah ayat yang mungkin bagi kita jujur, tapi bagi orang lain, sukar difahami, malah ada yang terasa. Menulis ini bukan sekadar menyusun huruf — ia tentang menyampaikan jiwa. Dan jiwa manusia, aduh, bukan semuanya mudah dibaca. Pokcik selalu percaya bahawa setiap tulisan membawa niat, walau sebaris ayat sekalipun. Kadang Pokcik menulis dengan tenang, tapi pembaca menangkapnya seperti amarah. Kadang Pokcik bergurau, tapi orang membacanya seolah sindiran. Di situlah letaknya seni dan risikonya menulis — kita tidak dapat mengawal bagaimana orang membaca kita. Tersasul dalam tulisan bukan tanda Pokcik cuai, tapi tanda Pokcik manusia. Ada hari otak laju, hati lembab. Ada masa pula, tangan terlalu pantas berlari di papan kekunci, mendahului kebijaksanaan. Bila Pokcik...

Cerita Kedai Kopi #14 : Si Bodoh dan Si Cerdik

Pagi tadi Pokcik duduk minum Milo kosong bawah pokok ketapang, tempat biasa geng lama melepak tiap hujung minggu. Mat Rizal datang paling awal, bawa cekodok pisang dalam bekas plastik. Tok Awang pula datang dengan muka tenang macam selalu, tangan bersilang di dada. Mail Towing… biasalah, lambat sikit, tapi bising bila sampai. Tengah hirup Milo Mat Rizal bersuara, “ Pokcik, perasan tak, zaman sekarang ni orang pandai makin pelik? Ada yang pandai sangat sampai lupa nak jadi manusia .” Pokcik senyum saja. Dah agak dah ke mana arah sembang ni nak pergi. Tok Awang sambung perlahan, “ Zaman dulu, orang cerdik ni tak suka tunjuk pandai. Tapi sekarang, baru tahu sikit dah sibuk buat video ajar dunia.” Mail Towing pula ketawa besar. “ Yang peliknya, orang bodoh pun ramai pengikut! Makin kuat dia merepek, makin ramai yang percaya. Dunia dah terbalik, Pokcik!” Kami semua ketawa kecil. Tapi dalam ketawa tu, ada juga rasa pahit. Pokcik pandang jauh ke sawah belakang kedai. Angin pagi berhembus p...

Berkebun Pun Senaman Juga: Briswalk Dalam Kebun, Peluh Yang Menyihatkan

Petang semalam, masa Pokcik turun ke kebun, rasa macam lain sikit. Angin petang kuat sikit dari biasa awan dilangit nampak sikit gelap. Sambil jalan laju-laju keliling batas sayur, Pokcik terfikir — eh, ni kira briswalk ke? Lama-lama, makin rasa seronok. Rupanya kalau kita bijak atur langkah, kerja kebun pun boleh jadi senaman yang cukup lengkap. Tak perlu ke taman, tak perlu ke gim. Semua dah ada depan mata kita — tanah, peluh, dan hijau yang menenangkan. 🚶‍♂️ Briswalk: Jalan Laju Yang Banyak Faedah Orang putih panggil brisk walk , kita panggil briswalk — maksudnya berjalan cepat tapi tak sampai berlari. Kalau dibuat 30 minit sehari, badan dah boleh bakar antara 150 hingga 200 kalori , kata kajian dari Harvard Health . Kalau digabung dengan kerja kebun, kesannya berganda. Pokcik mulakan dengan 10 minit jalan keliling batas. Tak lama pun. Cukup untuk panaskan otot dan naikkan semangat. Lepas tu baru capai cangkul, siram pokok, siang rumput, dan kutip hasil. 🌾 Kerja Kebun Pun Se...

Ada Ketikanya Rasa Down Untuk Berkebun

Ada hari yang semangat berkebun tu melimpah-limpah. Bangun pagi terus capai cangkul, rasa macam nak ubah dunia dengan tanam sawi dan bayam. Tapi ada juga hari yang badan rasa berat, mata pun malas nak pandang batas. Pokcik pun manusia biasa. Kadang-kadang rasa down tu datang tanpa salam. Bila tubuh mula rasa penat, lutut macam berkarat dan tangan pun dah tak larat nak angkat penyiram, masa tu lah fikiran mula ligat. “Kenapa aku buat semua ni?” Tambah pula kalau sayur yang ditanam elok-elok tu tak laku di pasar. Tengok sawi segar tak berusik, rasa macam hati pun layu sama. Tapi bila duduk diam-diam, tengok daun pisang melambai, dengar bunyi cengkerik dan angin lalu celah pokok, Pokcik mula ingat balik kenapa mula berkebun. Bukan semata-mata nak jual. Tapi nak rasa hidup. Nak rasa tanah di tapak kaki. Nak tengok sesuatu tumbuh dari tangan sendiri dan lebih dari itu adalah kerana hobi itu. Kadang-kadang, Pokcik ambil masa buat kerja perlahan. Buang pelepah pisang kering dipokok pisang, c...

ABC Feveret Bini Pokcik

Semalam lepas Isyak, bini pokcik ajak keluar makan. Katanya, tekak teringin sangat nak minum ABC feveret dia. Pokcik pun ikut saja, sebab kalau bab makan ni, mana pernah menang kalau lawan cakap bini — lagi-lagi bila dia dah sebut “teringin”. Kami pun bertolak ke kedai yang bagi kami ABC dia tu memang sedap dari kedai lain. Sampai saja, terus dia senyum lebar bila nampak meja kosong bawah kipas besar tu , tempat “port” dia. Tapi malam ni bagi kami perkhidmatan yang diberi terlalu slow dari pihak kedai.. biasanya laju, mungkin ada yang tidak kena menyebabkan lama kami menunggu ... walaupun begitu ABC dia tetap "WOW" Warna dia, MasyaAllah... meriah betul! Dari jauh pun dah nampak berkilau bawah lampu kedai. Ada ais kisar tinggi-tinggi, sirap merah pekat, cincau, jagung, nata de coco, buah kabung, kismis dan kat atasnya pula seketul aiskrim vanila yang tengah cair perlahan-lahan. Pokcik tengok pun dah rasa sejuk satu badan. Bini pokcik hirup sikit, mata dia terus pejam, samb...

Hari Keluarga Persatuan Alumni Sekolah

Hari Keluarga Persatuan Alumni sekolah lama Pokcik.  P rogram yang menghimpunkan bekas pelajar dari pelbagai batch. Tahun ini, lokasi dipilih di Agro Darau , tempat yang tenang, luas, dan dengan mandangan tasik yang yang mendamaikan hati. Program bermula sejak malam Jumaat, 3 Oktober 2025 , dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah , diselang dengan tazkirah serta bacaan tahlil buat guru-guru dan rakan-rakan yang telah pergi menghadap Ilahi. Malam tu suasananya sungguh sayu… bila doa dibaca, ada yang menunduk lama — mungkin terkenang wajah cikgu yang dulu selalu menegur, atau sahabat yang tak sempat kita ucap selamat tinggal. Menariknya, ada juga bekas pelajar yang datang jauh dari Kedah dan Pahang , sanggup bermalam di sini. Mereka bawa keluarga sekali — katanya nak anak-anak tahu, bahawa sahabat yang baik itu tak pernah hilang walau masa dah lama berlalu. Masuk pagi Sabtu , suasana terus bertukar jadi riuh dan penuh gelak ketawa. Di padang Agro Darau berlangsung program suka...

Flotilla & Sarapan Pagi

Pagi ni pokcik baru duduk makan nasi bungkus kat ofis sekolah. Milo kosong  dalam cawan merah masih berasap lagi. Tengah enak-enak suap nasi, datang Mat Rizal duduk sebelah. "Eh Pokcik, makan apa tu nampak meriah lauknya?" tanya dia sambil mata tertumpu kat kuah kuning gulai ikan. "Nasi bungkus lah, Rizal. Biasa je... tapi sedap, kuah dia sedap. Kau nak rasa?" jawab pokcik sambil senyum. Mat Rizal geleng, terus dia buka cerita. "Pokcik, pagi tadi aku baca berita... ada peserta dari Malaysia yang ikut Sumud Flotilla tu, kena tahan dengan Israel. Diorang nak hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, tapi kena serbu. Aku geram sungguh!" Pokcik letak sudu, pandang muka Rizal. "Haah, pokcik pun ada terbaca. Memang perit, Rizal. Orang pergi bawa ubat, makanan, nak bantu rakyat Gaza... tapi kena sekat macam penjenayah. Dunia ni pelik, yang zalim berlagak tuan, yang nak tolong orang pula dipenjara." Rizal ketuk meja perlahan, nampak betul dia marah. ...