Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sukaneka sekolah

Hari ini bermulanya sukaneka kat sekolah. Sukan selama dua hari ini akan berakhir pada esok hari iaitu 12 November dengan majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah atau pun wakilnya. Alhamdulillah cuaca hari ini amat baik, kalau ikutkan keadaan dua tiga hari lepas hujan memanjang risau juga dibuatnya. Harapan semoga hari esok tetap cerah... Apa apa pun jom layan sekeping dua gamabr kat bawah tu...

bila dia nak berinai

Mentang-mentanglah dia anak perempuan sorang, bongsu pulak tu... manjanya bukan main. Hari dia meragam nak berinai kuku. Jadi mama dia pergi cari inai tadi kat kedai. Dan siap lumur lagi kat kuku... Itulah dia kerenah buah hati pokcik.... anak peremouan sorang.... sentiasa mendapat perlindungan dari abang-abangya.

Bila terasa nak makan waffle

Bila terasa nak makan waffle...pokcik akan buat sendiri. Tak susahkan hanya cedok dan masukkan dalam acuan dan panaskan... semua telah tersedia, isteri yang buat. Kegemaran pokcik ... kacang campur strawberry. Sebenarnya waffle, icecream dan jagung merupakan produk makanan popular di kedai kami. Kalau nak merasa makan waffle bolehlah ke kedai kami. Kiosk waffle di Zon Ria baru di bandar Jerteh... isteri pokcik yang uruskan semuanya... 

Awan hujan

Sehari dua ni pokcik suka pandang atas... pandang pada awan, cantikkan awan. Ada macam-macam bentuk awan. Masih ingat lagi masa sekolah dulu.. bila belajar geografi... cikgu kata ada macam-macam jenis awan.  Terdapat dua jenis kumpulan besar awan iaitu Cumulus dan Stratiform (berlapis-lapis) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal jenis-jenis kumpulan awan boleh baca kat SINI .  Apa yang pokcik nak katakan ialah sekarang ni daerah pokcik dah masuk musim hujan... atau lebih tepat lagi orang kampung pokcik sebut musim bah... Jadinya banyak awan gelap berbanding awan cerah. Yang menariknya bila masuk musim bah begini.. rezeki bagi setengah-setengah penduduk kampung akan berlipat ganda... walaupun tidak lagi dapat menoreh getah tetapi bagi yang rajin dan sanggup bersejuk hujan. Mereka akan memanfaatkan keadaan ini dengan aktiviti memukat ikan... sawah bendang (gambar atas) merupakan lubuk ikan puyu dan haruan. Pengalaman pokcik sendiri yang biasa memuk...

Majlis khatam Al-Quran

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran pelajar KAFA Negeri Terengganu 2014 bagi Daerah Besut. Majlis diadakan di Masjid Taman Ilmu Tembila.  Masjid yang dikatakan keenam terbesar telah menampung hampir tiga ribu peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah daerah ini. Majlis dimulai dengan majlis khatam Al-Quran dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Ramai ibubapa yang ditemui mengatakan mereka tidak pernah datang ke Taman Ilmu Tembila ini dan ternyata kagum dengan keindahan masjid ini.  Bagi pokcik yang mengiringi anak keempat. Ini juga merupakan kunjungan kali pertama ke masjid ini. Jarak ke masjid ini dari rumah kira-kira 35 km. Terletak di Kampung Tembila, laluan pantai dari Kuala Terengganu ke Kampung Raha Besut.