Rabu, 30 April 2025

Menutup batas jagung


Aktiviti pokcik petang semalam. Menutup batas jagung yang baru berusia dalam lingkungan dua minggu selepas tanam secara tugal dengan rumput kering. Ini merupakan tanaman peringkat ketiga bagi tahun ini iaitu sebanyak 440 lubang diatas batas.

Peringkat pertama sebanyak 2000 lubang dan dijangka akan dituai hasilnya pada pertengahan mei sementara peringkat kedua sebanyak 300 lubang. Pada 1 Mei nanti pokcik akan tugal sebanyak 1000 lubang pula, tempat telah selesai disediakan.

Lama sungguh pokcik tak update blog ni.

2 ulasan:

Pha Is berkata...

rajin pokcik.. saya dulu pernah tanam jagung jugak kat atas ban (laluan tepi tali air) masa zaman cuti sekolah.. beberapa pokok sahaja.. seronok bila tuai hasil...

pokcikblogger berkata...

pokcik jadikan aktiviti riadah pokcik sebelah petang... walaupun ada masa sejam lepas balik dari kerja tetap pokcik buat