Panjat Pokok Dokong

Bila anak merungut nak makan buah-buahan biasanya isteri pokcik yang kait dengan galah. Tapi bila melibatkan buah dokong ni, buah ini sebaiknya perlu diambil dengan tangkai-tangkainya sekali. Jadi terpaksalah pokcik panjat sendiri.


Sebenarnya dah agak lama pokcik tidak memanjat pokok dokong ni. Sekarang usia dah remaja purba, empat tahun lagi dah nak pencen dari perkhidmatan awam.

Pokok dokong ini bukannya rendah, sewaktu pokcik memanjat batang pokok ini agak basah sedikit kerana baru lepas hujan, jadinya pokcik kena berhati-hati takut tergelincir dan jatuh dan perlu berhati-hati berpegang pada dahan.. kot-kot terpegang dahan yang rapuh. .. berdebuk ke bawah lah nantinya.

Proses menurunkannya perlukan bakul dan tali supaya buahnya tidak jatuh terburai dari tangkainya. Alhamdulillah kerja-kerja memanjat pokok dokong selesai dengan jayanya.


1 ulasan:

thisni3za berkata...

Wow..Segar2 buah Dokong tu...