LEKATO mini Guitar Amp 5w


Dah lama pokcik tak main gitar karan, dah bertahun terperap belakang almari dalam bilik selepas speaker amp dia yang dulu rosak. Speaker box dulu agar besar juga. Bila godek-godek dalam shopee pokcik terjumpa LEKATO Mini Guitar Amp ni walau pun kecil dengan 5W tapi bolehlah tahan sound dia untuk main dan dengar dalam bilik tidur.

Disertakan sekali dengan wayar rechargeable electric. Harganya taklah mahal RM85.00 termasuk pos JNT total kos RM88.19. Ambil masa juga untuk sampai ketangan pokcik, bukan disebabkan lambatnya penghantaran dari pihak penjual sebab tengok dalam sistem penjual dah hantar dengan segera selepas pembayaran.

Bagi pokcik LEKATO amp ni oklah untuk main dalam bilik, boleh juga disambung dengan earphone kalau tak nak jiran sebelah dengar..


 

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Wak tak gheti ketik gitar