Langkau ke kandungan utama

Rupanya raja makan bersuap


1 Mei cuti hari buruh... Tidak kemana mana hanya bersantai dirumah sahaja hari.. Aktiviti pokcik seperti biasa bila cuti begini, kebun kangkung belakang rumah tu lah tempat pokcik melepak..

Tiba-tiba bunyi bising diatas pokok berhampiran tempat pokcik melepak.. bila diperhati baik baik rupanya ada sekumpulan burung berhampiran dengan seekor burung yang cantik ini.. bila pokcik cuba menghampiri kumpulan burung tadi melarikan diri..

Pokcik kembali kerumah untuk mengambil kamera.. Alhamdulilah dapatlah rakam sekeping gambar tadi.. burung yang lain tu tak sempat kerana makin lari bila pokcik hampiri..

Kata orang ini burung raja, setiap kali dia ada burung lain akan menghampiri untuk menyuap makanan pada nya..

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Jarang jumpa burung ni
Cantik
Normala Saad berkata…
Namanya pun raja. Sebab tu mungkin tinggi martabatnya sampai kena bersuap.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu