Langkau ke kandungan utama

Hadiah Giveaway Ramadhan dari blogger Sha Mohamed

Petang semalam pokcik terima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali rasa cuak juga nak dijawab panggilan itu. Mana tidaknya taku panggilan yang macam-macam seperti yang diterima sebelum ini. Ada yang siap promosi insuran ada yang siap nak itu ini tu yang malas nak dijawabnya.

Tapi entah kenapa panggilan yang satu itu pokcik terasa nak jawab. Sebaik sahaja jawab rupanya abang posmen yang bercakap sebelah sana. Minta nombor kad pengenalan pokcik, ada bungkusan katanya dan minta nombor telefon. Bungkusan itu hendak diserahkan kepada emak pokcik.. disebabkan tiada siapa lagi kat rumah selain emak pokcik waktu itu.


Pokcik dah agak ini pasti bungkusan Hadiah GA dari blogger Sha Mohamed tiada dah benda lain buat masa sekarang. Bila balik dari kerja memang betul... terima kasih buat blogger Sha.. lain kali pokcik join lagi..

Ulasan

Sayidah Napisah berkata…
wahh cantik cover buku :D tahniah pokcik!
Sha Mohamed berkata…
Alhamdulillah.. selamat dah sampai.. selamat membaca pokcik..
PeRdU cINta berkata…
Alhamdulillah tahniah.
Warisan Petani berkata…
tahniah
selamat mengulat buku

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu