Khamis, 4 April 2019

Dalam sakit, aktiviti berkebun tetap diteruskan


Agak lama pokcik menyepikan diri tanpa menulis sedikit catatan di blog ini. Hari ini Alhamdulillah kaki pokcik makin bertambah baik.

Hendak bercerita sedikit disini tentang kejadian yang menimpa dan menyebabkan kecederaan pada kaki pokcik sebagai tanda peringatan atau berhati-hati sewaktu melakukan sebarang kerja.

Tiga minggu yang lalu sewaktu pokcik ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk berurusan. Tiba ditempat parking kereta, tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia pertengahan 30an datang.

"Abang, boleh minta tolong tolak kereta saya. Abang yang bawa saya yang tolak" kata pemuda itu pada pokcik. Pokcik pandang pemuda itu dan pandang kereta itu. Dalam hati 'aahh.. kereta kancil ok lah'.

"Tak apa awak yang pandu, biar abang aje yang tolak" pokcik menolak permintaan pemuda itu untuk memandu kereta itu memandangkan hanyalah sebuah kereta kancil dan pokcik sudah biasa menolak kereta kancil yang mati, pokcik pun ada sebuiah kereta kancil. Pemuda itu berkeras supaya pokcik yang masuk dalam kereta itu dan pokcik juga tetap berkeras.

Akhirnya pemuda itu mengalah dan pokcik menolak mengundur dan seterusnya menolak kedepan. Dalam lebih kurang lima langkahan dengan keupayaan dan kudrat seorang diri kereta itu akhirnya hidup dan disaat dan masa yang sama pokcik terdengar seakan letupan kecil dilabu betis pokcik yang hanya pokcik seorang sahaja mendengarnya. Kaki pokcik sudah tidak dapat bergerak dan sakitnya bukan alang kepalang.

Pemuda itu terus keluar dari kereta tadi dan datang memapah pokcik serta meminta maaf dan menyatakan kekesalanya kerana pokcik tidak mahu berada didalam kereta dan membiarkan dia yang menolaknya. Pokcik menyatakan bahawa dia tidak bersalah dan ini hanya sebab dan asbab sahaja tuhan ingin memberi pokcik pahala. (dalam gurauan walaupun sakit).

Beberapa orang yang datang selepas itu membantu pokcik dan sahabat pokcik yang datang selepas itu membawa pokcik ke unit kecemasan hospital dan kereta pokcik dihantar oleh kawan sahabat pokcik tadi kerumah pokcik.

Dihospital, doktor menyatakan tisu otot betis pokcik koyak sedikit dan meminta pokcik berehat kerana tisu ini memerlukan masa yang panjang sedikit untuk pulih.

Alhamdulilah, hari ini rasanya dah masuk minggu ketiga dan kaki ini makin bertambah baik. Dalam sakit, aktiviti berkebun tetap diteruskan kerana kangkung pokcik itu sudah sampai masanya untuk dituai dan memenuhi permintaan beberapa kedai yang menjual sayur dibeberapa tempat sekitar kampung pokcik dan kampung berjiran. 

5 ulasan:

Sura Mohd berkata...

Semoga Pokcik kembali sihat sepenuhnya..nasib baik sikit je.

Mrs. A berkata...

Allahu...
Alhamdulillah tiada yang serius.
Itulah kita kena ingat-ingatkan juga diri ini hati tu cakap mampu tapi kudrat tu dah veteren #peringatanuntukdirisendiri

Warisan Petani berkata...

Semoga kaki pokcik cepat sembuhnya.

ejulz berkata...

semoga cepat sembuh pokcik

YEASLMN berkata...

Semoga pokcik diberi kesembuhan :)